Followers

Wednesday, November 17, 2010

MENGAPA ANWAR BEGITU CEMAS

" ANWAR TEWAS DI TANGAN KARPAL YANG UZUR "


ANWAR SEDAR DIA AKAN DIDAPATI BERSALAH..

Saya mempunyai keyakinan bahawa Anwar tahu bahawa dia sudah begitu terdesak. Saya juga yakin bahawa barisan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh akan berundur.

Saya amat percaya sokongan DAP selama ini adalah mainan politik semata mata.Malangnya Anwar, dalam pada dia fikir untuk mainkan DAP, DAP lebih cekap mempermainkannya.

Saya pernah menyebut dan ingin menyatakan sekali lagi bahawa sebagai sebuah parti yang menggunakan kaedah komunis dalam mencapai matlamat mereka, DAP memang cekap memanipulasi ' konflik dan krisis untuk kepentingan mereka
sendiri.

Apakah asas andaian saya ini ?

1. Sejak dari awal Karpal Singh dan DAP percaya bahawa Anwar adalah pemimpin yang tidak bermoral dan tidak boleh dipercayai.

2. Hasrat DAP untuk menjadikan Anwar sebagai alat memecah belahkan orang Melayu telah tercapai.

3. Hasrat DAP untuk menjajah PAS melalui Anwar Ibrahim nampaknya berjaya 100 % sehingga PAS sanggup menggadai prinsip bahkan maruah Islam. Isu kalimah ALLAH adalah contoh yang amat tepat.

4. Hasrat DAP untuk mewujudkan ' Melayu Beku ' juga telah berjaya melalui perkhidmatan Anwar. Sekarang telah ada sekumpulan umat Melayu yang tidak berasa apa apa menjadi Melayu bahkan ada yang mengaku bukan Melayu termasuk Nik Aziz.

5. Hasrat DAP untuk ' menggambarkan kerajaan UMNO/BN sejahat jahat kerajaan ' nampaknya tidak berjaya apabila Najib mengambil alih pentadbiran daripada Pak Lah .

Sebahagian daripada ' hasrat ' di atas adalah kaedah DAP untuk menjajah Malaysia. Samada berhasil atau tidak, sekurang kurangnya Anwar telah berikan sumbangan besar kepada mereka.

Sekarang Anwar adalah sampah. Anwar perlu mencari kaedah lain bagi menyelamatkan dirinya. Mereka telah nampak, betapa Anwar mungkin tak dapat diselamatkan lagi.

Anwar sedang terdesak sekarang. Anwar telah menemui jalan mati.

INILAH KEBENARANNYA..


TOPENG ANWAR TERBUKA SATU PERSATU

Hari ini seluruh umat Islam di seluruh dunia tunduk sujud kepada ALLAH Taala, hari ini seluruh umat Islam di seluruh dunia menyerahkan diri kepada ALLAH untuk memohon keampunan . Benar, apalah kita sebagai hamba selain memohon dan merayu kepada PENCIPTA.

Malangnya hari ini Anwar Ibrahim juga tunduk dan sujud mohon pertolongan daripada Ahli Parlimen Australia. Hari ini Anwar Ibrahim yang kerap bercakap tentang reformasi dan perubahan telah benar benar mengubah tempat sepatutnya ia mengadu dan memohon pertolongan.

Inilah Anwar Ibrahim yang sekarang sedang bertungkus lumus meminta pertolongan daripada rakan rakannya yang selama ini ' percaya sepenuhnya ' kepada Anwar. Malangnya , Anwar meminta mereka memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia agar tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.

Satu perkara yang barangkali Anwar tidak dinasihatkan ialah Anwar tidak didakwa di mahkamah oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia tidak ikut campur urusan peribadi Anwar.

Anwar dibawa ke mahkamah oleh mangsa liwatnya yang memerlukan pembelaan dan keadilan. Anwar tersilap apabila memburukkan kerajaan di luar negara. Anwar ' dinilai bodoh' oleh rakan rakannya sendiri.

Jika kerajaan mahu campurtangan, sudah tentu Anwar tidak akan dapat memohon penangguhan demi penangguhan. Anwar tidak pernah diganggu oleh kerajaan untuk membela diri.

Anwar pergilah ke luar negara. Ceritakanlah betapa jahatnya Kerajaan Malaysia. Kemudiaan Anwar akan pulang dan di belakangnya , rakan rakan Anwar baru ' SEDAR BETAPA BODOHNYA ANWAR IBRAHIM '


Tuesday, November 16, 2010

GERAKAN ANTI NIK AZIZ SEMAKIN KETARA

" KETIADAANNYA DINANTIKAN OLEH SEGELINTIR PIMPINAN PAS "


NIK AZIZ BAKAL DISINGKIRKAN OLEH AHLI PAS SENDIRI

Golongan anti Nik Aziz nampaknya benar benar menggunakan kesempatan semasa ketiadaan Nik Aziz untuk menghakis pengaruh
Nik Aziz di dalam PAS.

Gerakan ini semakin berani menonjolkan diri selepas PAS gagal mempertahankan DUN Galas yang secara keseluruhannya dikatakan berpunca daripada kesilapan Nik Aziz.

Perbuatan Nik Aziz ' memberi zakat ' kepada pengundi orang asli dikatakan faktor paling utama menyebabkan pengundi muda beralih arah sokongan.

Penganjuran Seminar PAS ganti UMNO dikatakan sebagai salah satu usaha mengembalikan ' semangat Melayu ' di dalam PAS yang selama ini dilarang sama sekali oleh Nik Aziz.

Presiden PAS juga dikatakan amat bersungguh sungguh menunjukkan
' jiwa Melayunya ' sewaktu menyeru pengundi Melayu untuk meninggalkan perjuangan UMNO.

Hari ini , Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad membicarakan persoalan kronisme yang akan menjejaskan keupayaan untuk mentadbir negara.

Dikatakan bahawa sindiran Idris Ahmad benar benar mahu mengingatkan ahli PAS kepada isu ' anak menantu ' Nik Aziz yang membina kekayaan di Kelantan.

Menurut penganalisis politik, perkembangan ini akan membawa perubahan drastik di dalam PAS tidak lama lagi.

AHMAD MASLAN MABUK MENANG

' BANYAK BERCAKAP BUKAN PETANDA BIJAKSANA '


KEMENANGAN DI GALAS DAN BATU SAPI BUKAN KERANA
KEBERKESANAN PENERANGAN

Ahmad Maslan adalah muka baru dalam UMNO. Sama seperti ramai tokoh lain yang tiba tiba berada di puncak, Ahmad Maslan pada pandangan saya tidak begitu menghayati ' adab dan adat 'yang menjadi pegangan UMNO selama ini.

UMNO ini adalah ' parti keramat '. Yakinlah, keramatnya UMNO kerana ia dibina dan digerakkan atas pakat. Segalanya dilaksanakan berasaskan perbincangan dan permuafakatan.

Kebanyakan Ketua UMNO cawangan secara umumnya adalah orang tua yang telah puluhan tahun menjadi Ketua Cawangan. Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai kelulusan tinggi dan sebahagian besarnya hidup amat sederhana.

Tapi bagaimana mereka memimpin dan mentadbir ? Mereka berjaya kerana mereka memimpin permuafakatan. Anak buah yang jauh lebih terpelajar tidak ghairah merebut jawatan kerana hormat kepada permuafakatan ini.

Inilah kegagalan Ahmad Maslan. Ahmad Maslan adalah Ketua Penerangan. Jawatan yang dilantik oleh Presiden Parti. Ketua Penerangan tidak boleh
'mengeluarkan kenyataan seperti Presiden'. Sangat tidak bijak dan memalukan sebenarnya.

Sebelum ini Ahmad Maslan mengajak PAS menyertai BN. Hari ini Ahmad Maslan mengumumkan slogan baru UMNO. Dahulukan Rakyat menggantikan Dulu, Kini dan Selamanya.

Slogan UMNO tidak seperti slogan PAS atau PKR. Slogan UMNO selamanya menjadi panduan perkhidmatan seluruh ahli dan pimpinan UMNO. Ia adalah sesuatu yang sagat besar maknanya kepada parti dan rakyat.

Saya tidak fikir Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan wajar mengumumkannya. Rakyat sedang ghairah dan amat teruja dengan Presiden parti.

Setiap patah perkataan Presiden parti menjadi pendorong dan perangsang.Ahli UMNO menunggu apa jua kenyataan Presiden. Ahmad Maslan seakan tidak memahami ' muafakat ' dalam UMNO menghadirkan rasa ' segan, hormat, dan taat kepada pemimpin. Jika ini dapat dihayati UMNO akan kekal, insyaallah sampai bila bila.

Saya fikir Ahmad Maslan ghairah selepas menang di Galas dan Batu Sapi. Tapi Ahmad Maslan mesti ingat bahawa kita masih kehilangan 4 negeri.

Monday, November 15, 2010

PAS DISERANG ANGIN AHMAR

" ANGIN AHMAR ADALAH PENYAKIT YANG SUKAR DIPULIHKAN "
- Gambar hiasan



SEKARANG HANYA MAMPU BERCAKAP TETAPI
TIADA UPAYA BERGERAK

Satu ketika dahulu saya berpeluang menjaga seseorang yang diserang angin ahmar yang menyebabkan dirinya lumpuh seluruh badan.

Menurut doktor yang merawat pesakit ini, punca angin ahmar tersebut ialah tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak akibat tekanan perasaan yang melampau.

Nasihat doktor kepada orang yang menjaga pesakit angin ahmar ialah antaranya :-

1. Pesakit biasanya mempunyai emosi yang tidak stabil dan cenderung untuk naik marah dengan cepat.

2. Pesakit boleh maut pada bila bila masa kesan ketidakstabilan emosi yang melampau .

3. Akan sampai satu ketika pesakit hilang semua keupayaannya termasuk kebolehan untuk bercakap.

Nasihat doktor kepada kami, sebagai langkah pencegahan ialah amalkan gaya hidup sihat dan pastikan kita mengimpikan sesuatu yang boleh dicapai bagi mengelakkan kekecewaan melampau.

Apa pulak kaitannya dengan PAS? Saya dapati, selepas kalah teruk di Galas, PAS seakan akan diserang angin ahmar. Mereka bercakap tanpa dapat dikawal sehingga ke peringkat tidak munasabah.

Dan dalam masa yang sama nampaknya mereka gagal melakukan sebarang tindakan. Sebagai contoh apabila banjir melanda Kedah.
PAS gagal melakukan apa apa selain menjawab kritikan dan rintihan rakyat.

PAS seakan hilang ingatan. Mari kita bayangkan cara bagaimana PAS memberi reaksi apabila Ahmad Maslan menawarkan untuk berbincang. PAS seperti parti yang sedang menguasai negara. PAS seperti baru sahaja menumbangkan UMNO di Galas.

PAS sedang sakit. Walaupun kita tidak terlibat merawatnya , usahlah kita menambah kesakitan yang ada. Kepada Ahmad Maslan, mari kita bersama menjaga kesihatan kita. Jiwa, mental dan fizikal yang sihat akan membolehkan kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


MEMAKNAKAN KUASA

" KITA DAH KEHABISAN SARANG TEBUAN SEBENARNYA "


PRAKTIS YANG GAGAL DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN UMNO/ BN

Alor Setar 14 NOV - Beberapa petugas media termasuk jurugambar Utusan Malaysia hari ini dihalang daripada membuat liputan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Di atas adalah petikan berita yang saya petik daripada akhbar Utusan Malaysia, 15 November 2010. Inilah maknanya kuasa. Apabila Kerajaan Pakatan berkuasa , mereka telah menggunakan kuasa mereka sepenuhnya.

Esok pasti kita akan mendengar kritikan, luahan rasa, teguran daripada pemimpin pemimpin UMNO yang selama ini tidak pernah berani menggunakan kuasa yang ada. Atau mungkin pemimpin UMNO ingin dilihat sebagai BUDIMAN sehingga kadangkala menimbulkan rasa bosan dalam kalangan penyokong.

Banyak perkara yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan. Menghasut, menghina, memperlekeh dan memperolok samada pemimpin UMNO atau Kerajaan atau perlembagaan. Pemimpin UMNO dan kerajaan akan sekadar memberi amaran. Ratusan kali.

Ungkapan " JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN ", sudah amat jemu kita dengar. Kenyataannya telah habis barangkali sarang tebuan dijolok, tindakan tetap tiada.

LIM GUAN ENG PADA 14 NOV TELAH MENYATAKAN BAHAWA UMNO HANYA MENGUTAMA ORANG MELAYU DAN MELAKUKAN DISKRIMINASI TERHADAP KAUM LAIN. SANGAT MENGHASUT KENYATAAN INI. TAPI KITA TUNGGULAH APA AKAN BERLAKU SELEPAS INI. KITA TUNGGULAH...

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Kedah. Mereka menggunakn kuasa yang mereka miliki. Mereka akan mengekalkan kuasa mereka sebenarnya.

UMNO dan kerajaan, HIDUPLAH SEBAGAI ORANG BUDIMAN. TUNGGULAH PARA PENYOKONG BERASA TAWAR HATI , KERANA UMNO INI TIDAK BERKUASA SEBENARNYA.



Sunday, November 14, 2010

MENTERI BESAR PERAK KE MEKAH ?

" YA ALLAH..KURNIAKANLAH SAUDARAKU INI HAJI YANG MABRUR "


TAHU MELALUI HARAKAHDAILY..

Berbanding Nik Aziz , pemergian Dr Zambri tidak menjadi bahan berita. Harakahdaily beberapa hari menyiarkan berita Nik Aziz menunaikan haji bersama Tuanku Sultan.

Dua bahan berguna kepada PAS,

1. Nik Aziz pergi ke Mekah

2. Nik Aziz pergi ke Mekah bersama Tuanku Sultan

Demikianlah PAS. Segalanya menjadi bahan politik termasuk persoalan ibadah khusus yang dilakukan oleh pimpinannya.

Saya mendapat tahu pemergian Dr Zambri juga melalui Harakahdaily.Itupun sebagai bahan politik murahan mereka. Muhd Munir Ali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menyeru Dr Zambri bertaubat di hadapan Kaabah setelah PAS MEMUTUSKAN DR ZAMBRI BERDOSA.

Betapa sesatnya PAS. Urusan dosa pahala berada dalam tangan mereka.Bagaimanapun saya yakin, sesiapa sahaja yang berpeluang berada di hadapan Kaabah pasti akan bertaubat. Menyemak diri.

Saya juga ingin menyeru perkara yang sama dilakukan oleh Nik Aziz. Bertaubat dan mohonkanlah keampunan bagi sekalian pimpinan dan ahli PAS yang banyak sangat ' berjual beli ' agama Islam yang suci ini.

Bertanyalah kepada ALLAH , benarkah segala yang disebut dan dilakukan selama ini. Mohon ALLAH tunjukkan kebenaran. Berdoalah agar kita diberikan hidayah.

Berhentilah daripada mendoakan kerosakan dan kemusnahan saudara seagama kita.

Saya TIDAK INGIN MENGATAKAN NIK AZIZ ORANG BERDOSA. TETAPI RASULLULLAH YANG MAKSUM SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN.

Kepada Dr Zambri, semoga mendapat Haji mabrur. Berdoalah agar kemenangan berpihak kepada kita kerana DENGAN RENDAH DIRI KITA MENYEDARI TIADA LAIN YANG KITA PERJUANGKAN SELAMA INI SELAIN KEBENARAN.

Kepada Saudara Munir, sedarlah bahawa KITA INI ADALAH HAMBA ALLAH YANG TIADA KUASA MENGHUKUM. KITA TIADA APA APA SELAIN ' KEMANUSIAN YANG ALLAH ANUGERAHKAN. SESEKALI BERFIKIRLAH SEBAGAI MANUSIA BIASA WALAUPUN SAUDARA RASA SAUDARA HEBAT ORANGNYA'.