Followers

Saturday, November 20, 2010

ANWAR BUKTIKAN CINTA KASIH

" GAMBAR YANG MENYINGGUNG PERASAAN AZMIN "


AZMIN BERTANDING DALAM BAHAGIA

Walaupun Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) adalah milik peribadi Anwar Ibrahim tetapi ia terpaksa dihidupkan seakan akan ia milik rakyat. Supaya ia kelihatan seperti parti parti yang lain maka keahlian dibuka kepada semua, kepimpinan pula dipilih oleh ahli.

Sama seperti DAP, PKR sebenarnya adalah ' wayangan demokrasi' yang diketahui umum. Tanpa Lim Kit Siang, Karpal Singh dan kaum keluarga mereka DAP adalah parti yang tiada makna.

Begitu juga PKR. Anwar dan Wan Azizah serta Nurul Izzah adalah 'tuan punya'kepada PKR. Ada seorang tokoh juga berkongsi PKR dengan sebab sebab yang luar biasa tentunya.

Saya tidak berniat untuk mengulas betapa luar biasanya Azmin. Saya hanya ingin mengulas betapa Anwar tidak dapat membenarkan sesiapapun daripada mengkritik Azmin walau apapun alasannya.

Anwar yang gagal mengawal diri akhirnya menyatakan sokongan terbuka kepada Azmin di hadapan kira kira 1500 orang penyokong parti itu semalam di Shah Alam.

Walaupun Anwar mengatakan dirinya neutral tetapi kenyataan sokongannya amat melegakan Azmin.

" SUDAH TENTU SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA SESEORANG YANG MENGGUNAKAN MEDIA UMNO UNTUK MENGKRITIK PARTI "

Bagi calon Timbalan Presiden, selain Azmin ialah Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub. Kedua duanya menggunakan media arus perdana (bukan media UMNO) untuk mengkritik caragaya pemilihan dibuat.

Yang tidak mengeluarkan rasa tidak puas hati tentulah Azmin yang menjadi pemangsa dalam konteks ini.

Maka berbahagialah Azmin. Siapa lagi yang dapat berbuat apa apa. Saya jangka akhirnya Azmin akan menjadi Timbalan Presiden. Timbalan yang jauh lebih berkuasa berbanding Presiden Parti dan hakikatnya telahpun menguasai Anwar, pemilik PKR.

Tahniah Azmin.

Friday, November 19, 2010

KEJUTAN DARIPADA PERISTIWA MEMALI!

- HAJI HADI SEDANG MENGHASUT PENGIKUT AGAR BANGKIT MEMBERONTAK


HAJI HADI MEMBOCORKAN RAHSIA YANG SELAMA INI TERSIMPAN

Baling 20 Nov - Presiden PAS yang sekarang sedang menjadi raja kerana ketiadaan Nik Aziz telah membuat pengakuan dan pendedahan yang memeranjatkan bukan sahaja penyokong PAS tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Hadi memberitahu bahawa pihak kerajaan telah meminta PAS memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri tetapi PAS membantah.PAS tidak bersetuju Ibrahim Libya untuk tunduk kepada desakan kerajaan.

Ini membawa maksud yang sangat besar:-

1. PAS adalah punca Ibrahim Libya memberontak dan terbunuh dalam usaha pihak keselamatan mempertahankan diri.

2. PAS telah menjadikan Ibrahim Libya dan penyokongnya alat untuk menunjukkan betapa zalimnya kerajaan

3. PAS telah menghasut Ibrahim Libya dan pengikutnya agar bangkit memberontak atas nama jihad yang PAS sendiri tidak meyakininya.

4. PAS telah lama menggunakan pendekatan komunis dan sekarang hanya menggabungkannya dengan DAP

5. Tragedi Memali sebenarnya tidak berlaku kerana Kerajaan UMNO/BN sebaliknya akibat tuba yang disiram oleh PAS

6. Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah mangsa ' penipuan, manipulasi dan eksploitasi PAS yang zalim '.

Panjangkanlah dengan segera berita ini supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa nafsu jahat PAS dan konco konconya.

UMNO AKAN MENANG BESAR DI PERAK

" NIZAR JAMALUDDIN MEMPUNYAI MASALAH PSIKOLOGI YANG SERIUS KERANA MENAFIKAN AYAT AYAT ALLAH "



BERGANTUNG KEPADA SIKAP PIMPINAN UMNO SENDIRI

" FIRMAN ALLAH : KATAKANLAH, WAHAI TUHAN YANG MEMPUNYAI KERAJAAN, ENGKAU ( ALLAH ) BERIKAN KERAJAAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI DAN ENGKAU AKAN CABUTKAN KERAJAAN DARIPADA TANGAN ORANG YANG ENGKAU KEHENDAKI .." Ali Imran- 26

Inilah ayat yang Nizar Jamaluddin bacakah dalam DUN Perak sewaktu mula menjadi kerajaan. Memang benar. Tiada satupun yang disebut di dalam Al Quran tidak benar atau tersasar.

Takbur, ri'a, dan mempersendakan Al Quran dengan sokongan dan pertolongan DAP telah menyaksikan Kerajaan Pakatan tumbang dalam keadaan yang amat hina.

Kerajaan telah ALLAH kembalikan kepada UMNO/BN dengan cara yang tidak dapat diduga oleh sesiapapun. Semua orang kemudiannya membina pelbagai andaian namun hakikatnya mari kita kembali kepada peringatan yang ALLAH telah berikan.

Saya percaya dengan prestasi tinggi pimpinan Dr Zambri, UMNO/BN akan dapat mengekalkan kerajaan yang ada tetapi ada beberapa cabaran yang perlu segera diatasi.

1. UMNO mesti berfikir bahawa Kerajaan yang terbina sekarang tidak dibina dengan kekuatan UMNO sebaliknya benar benar ALLAH takdirkan melalui 3 orang ADUN yang keluar daripada Pakatan dan menjadi ADUN bebas.

2. UMNO mesti menyelesaikan masalah dalaman di setiap bahagian yang berlarutan sekian lama. Hampir tiada Bahagian benar benar aman daripada krisis kepimpinan.

3. UMNO perlu menggerakkan jentera pilihanraya seakan akan pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.Daftarkan pengundi baru dan kenalpasti status pengundi lama.Pastikan pengundi UMNO sebelum ini akan kekal mengundi UMNO/BN

4. UMNO perlu ada budaya ' berpada pada '. Pimpinan UMNO di cawangan dan bahagian perlu memahami isyarat daripada akar umbi. Perubahan bermaksud, pimpinan juga harus sedia mengubah diri.

5. UMNO perlu menyedari bahawa pimpinan yang menang di bahagian bukan petanda penerimaan pengundi secara keseluruhannya. Ada pimpinan UMNO bekerja kuat untuk menang di bahagian tetapi tidak begitu ghairah membantu UMNO memenangi pilihanraya.

6. UMNO wajib mempunyai pemikiran dan sikap bahawa bukan
' aku 'orang terbaik untuk diangkat menjadi calon. Sebaliknya ada orang lain yang lebih layak.

7. UMNO wajib menerima siapa sahaja yang ' ditentukan 'oleh pucuk pimpinan dan berusaha memenangkannya dalam pilihanraya.

8. UMNO perlu 'menggerakkan 'jentera pilihanraya secara kolektif di peringkat cawangan dan bahagian. Elakkan perasaan 'bimbang' melihat kesungguhan orang lain menganjurkan pelbagai program

9. UMNO mesti melihat semua aktiviti dan program adalah aktiviti bersama. Usah ada kecenderungan untuk melaksanakan program secara berpetak. Akhirnya UMNO akan dilihat sebagai tidak solid.

10. UMNO mesti mengelakkan daripada berharap parti lawan bermasalah. Yang nyata ( sebagai contoh )masalah dalaman DAP tidak pernah menjejaskan undi terhadap mereka.

Saya yakin UMNO akan menang. Melainkan ahli dan pimpinan UMNO memang mahu melihat UMNO/BN tumbang sekali lagi.

Thursday, November 18, 2010

AKHIRNYA PAS DAN PKR MENGIKUT JEJAK DAP

BANGGA PERJUANGANNYA MULA DIWARISI


MENGGUNAKAN KAEDAH KOMUNIS MENCARI PENGARUH

PAS mengadakan sambutan 25 tahun Peristiwa Memali mulai hari ini sehingga Ahad. Pelbagai program dan aktiviti diadakan bagi mengenang kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya 25 tahun yang lalu.

Saya sejak dahulu tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kekerasan walau apapun matlamat dan tujuannya. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku.

Mengapa program ini dibuat secara besar besaran dan mendapat sokongan penuh DAP ?

1. Ia bertujuan untuk mencetuskan rasa benci rakyat kepada kerajaan. Pengisian program saya yakin akan secara ekstrem menggambarkan betapa zalimnya kerajaan UMNO/BN ini.

2. Ia diharapkan akan mewujudkan lagi kumpulan ekstrem seperti Ibrahim Libya dan pengikutnya yang dilihat mampu menggugat keamanan negara.

3. Ia juga bertujuan bagi menyuburkan jiwa ganas dalam kalangan masyarakat kerana ' individu atau kumpulan berjiwa ganas ini akan digunakan pada masa yang diperlukan '.

4. Mempastikan peristiwa Memali ini sentiasa dikenang agar rasa sedih, pilu dalam keluarga mangsa sentiasa subur dan segar.

5. Program ini juga adalah satu kaedah bagi mengurangkan sokongan kepada UMNO/BN yang dilihat semakin diterima rakyat.

Saya tidak berhasrat mengeluarkan hukum. Tetapi saya ingin bertanya kepada PAS. Jika benar Ibrahim Libya dan pengikutnya syahid mengapa Haji Hadi dan pengikutnya tidak menggunakan kaedah yang sama.

Tidakkah Haji Hadi menolak peluang jihad seperti yang dilaung laungkannya? Tidakkah orang Islam yang menolak daripada berjihad ini boleh dianggap bacul ?

Atau Hadi dan rakan rakan tahu, bahawa pemberontakan bukan cara yang betul untuk menumbangkan kerajaan. Dalam masa yang sama Hadi juga menyedari tidak ada apa yang mampu PAS tawarkan kepada rakyat selain retorik.

Saya pasti DAP gembira. Dia akan menyaksikan bagaimana racun yang selama ini ditabur mula menampakkan kesannya.

KERAJAAN DISABOTAJ PEGAWAI SENDIRI

" GURU , MAJORITI SENYAP YANG WAJAR DIJAGA "



PELBAGAI PERATURAN MENYUSAHKAN RAKYAT

Hari ini adalah hari kedua Hari Raya Korban. Kebayakan pejabat telah beroperasi semula. Memang benar, ada banyak kerja dapat dilaksanakan dalam masa sehari.

Namun begitu apabila sekolah sekolah di Perak hanya bercuti sehari, ianya menjadi satu isu besar yang mungkin memberikan implikasi buruk kepada kerajaan.

Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran yang membolehkan cuti telah dinafikan oleh Jabatan Pelajaran Perak yang membatalkan arahan tersebut.

Ini bermakna guru dan pelajar yang pulang berhari raya di Kelantan atau Terengganu ( yang meriah sambutan Aidil Adhanya ) terpaksa pulang semula ke Perak selama dua hari sebelum cuti panjang hujung tahun.

Arahan JPN Perak ini disambut ' sinis ' oleh guru dan ibu bapa. Dengan segera perbandingan dibuat dengan sambutan Deepavali bilamana sekolah bercuti sekurang kurangnya tiga hari.

Apabila keadaan ini berlaku, Pengarah JPN Perak tidak dipersalahkan. Yang dilihat bersalah, tidak Islamik ialah Kerajaan yang ditunjangi UMNO. Inilah masalahnya.

Tentunya kita boleh berhujah. Kita boleh memberi rasional. Tetapi bolehkah kita berhujah dengan semua orang. Atau kalau boleh, bolehkah semua orang ini menerima hujah dan alasan kita ?

Kesimpulan yang dibuat dengan ' bimbingan pembangkang ' ialah kerajaan tidak menjaga sensitiviti umat Islam tetapi sangat mengambil hati masyarakat Hindu.

Sekali lagi pembangkang bijak mengambil peluang. Pastinya dengan mudah ibubapa dan guru guru yang kecewa mempercayai mereka.

Kalau boleh memberi cadangan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan lebih prihatin. Perkara yang kita fikir kecil mungkin kesannya besar. Secara perbandingan sayugia diingati bahawa DUN Pengkalan Baru ( 2008 )BN hanya menang dengan 14 undi, manakala bagi DUN Lubuk Merbau ( 2008 )BN telah kalah 72 undi dan ini mengakibatkan Perak terlepas ke tangan DAP.

Kerajaan diharap lebih berani, tegas dan jelas. Sekali lagi, usahlah berfikir untuk menjadi begitu budiman sehingga kerajaan dilihat tidak menguasai kakitangannya sendiri.

Wednesday, November 17, 2010

MENGAPA ANWAR BEGITU CEMAS

" ANWAR TEWAS DI TANGAN KARPAL YANG UZUR "


ANWAR SEDAR DIA AKAN DIDAPATI BERSALAH..

Saya mempunyai keyakinan bahawa Anwar tahu bahawa dia sudah begitu terdesak. Saya juga yakin bahawa barisan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh akan berundur.

Saya amat percaya sokongan DAP selama ini adalah mainan politik semata mata.Malangnya Anwar, dalam pada dia fikir untuk mainkan DAP, DAP lebih cekap mempermainkannya.

Saya pernah menyebut dan ingin menyatakan sekali lagi bahawa sebagai sebuah parti yang menggunakan kaedah komunis dalam mencapai matlamat mereka, DAP memang cekap memanipulasi ' konflik dan krisis untuk kepentingan mereka
sendiri.

Apakah asas andaian saya ini ?

1. Sejak dari awal Karpal Singh dan DAP percaya bahawa Anwar adalah pemimpin yang tidak bermoral dan tidak boleh dipercayai.

2. Hasrat DAP untuk menjadikan Anwar sebagai alat memecah belahkan orang Melayu telah tercapai.

3. Hasrat DAP untuk menjajah PAS melalui Anwar Ibrahim nampaknya berjaya 100 % sehingga PAS sanggup menggadai prinsip bahkan maruah Islam. Isu kalimah ALLAH adalah contoh yang amat tepat.

4. Hasrat DAP untuk mewujudkan ' Melayu Beku ' juga telah berjaya melalui perkhidmatan Anwar. Sekarang telah ada sekumpulan umat Melayu yang tidak berasa apa apa menjadi Melayu bahkan ada yang mengaku bukan Melayu termasuk Nik Aziz.

5. Hasrat DAP untuk ' menggambarkan kerajaan UMNO/BN sejahat jahat kerajaan ' nampaknya tidak berjaya apabila Najib mengambil alih pentadbiran daripada Pak Lah .

Sebahagian daripada ' hasrat ' di atas adalah kaedah DAP untuk menjajah Malaysia. Samada berhasil atau tidak, sekurang kurangnya Anwar telah berikan sumbangan besar kepada mereka.

Sekarang Anwar adalah sampah. Anwar perlu mencari kaedah lain bagi menyelamatkan dirinya. Mereka telah nampak, betapa Anwar mungkin tak dapat diselamatkan lagi.

Anwar sedang terdesak sekarang. Anwar telah menemui jalan mati.

INILAH KEBENARANNYA..


TOPENG ANWAR TERBUKA SATU PERSATU

Hari ini seluruh umat Islam di seluruh dunia tunduk sujud kepada ALLAH Taala, hari ini seluruh umat Islam di seluruh dunia menyerahkan diri kepada ALLAH untuk memohon keampunan . Benar, apalah kita sebagai hamba selain memohon dan merayu kepada PENCIPTA.

Malangnya hari ini Anwar Ibrahim juga tunduk dan sujud mohon pertolongan daripada Ahli Parlimen Australia. Hari ini Anwar Ibrahim yang kerap bercakap tentang reformasi dan perubahan telah benar benar mengubah tempat sepatutnya ia mengadu dan memohon pertolongan.

Inilah Anwar Ibrahim yang sekarang sedang bertungkus lumus meminta pertolongan daripada rakan rakannya yang selama ini ' percaya sepenuhnya ' kepada Anwar. Malangnya , Anwar meminta mereka memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia agar tuduhan liwat terhadapnya digugurkan.

Satu perkara yang barangkali Anwar tidak dinasihatkan ialah Anwar tidak didakwa di mahkamah oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia tidak ikut campur urusan peribadi Anwar.

Anwar dibawa ke mahkamah oleh mangsa liwatnya yang memerlukan pembelaan dan keadilan. Anwar tersilap apabila memburukkan kerajaan di luar negara. Anwar ' dinilai bodoh' oleh rakan rakannya sendiri.

Jika kerajaan mahu campurtangan, sudah tentu Anwar tidak akan dapat memohon penangguhan demi penangguhan. Anwar tidak pernah diganggu oleh kerajaan untuk membela diri.

Anwar pergilah ke luar negara. Ceritakanlah betapa jahatnya Kerajaan Malaysia. Kemudiaan Anwar akan pulang dan di belakangnya , rakan rakan Anwar baru ' SEDAR BETAPA BODOHNYA ANWAR IBRAHIM '