Followers

Wednesday, March 9, 2011

KATAKAN WAN AZIZAH TIDAK DILIWAT..

" PEJUANG MALANG "


Dia tetap mangsa Anwar

Saya tidak mahu mengatakan Wan Azizah juga mangsa liwat Anwar Ibrahim. Sebagai pendukung UMNO saya tidak digalakkan mencipta andaian dan percaya kepada andaian tersebut.

Saya bersangka baik Wan Azizah berada di luar senarai panjang Anwar dan tidak terkena ' ghairah' suaminya.

Tetapi saya tetap mengatakan bahawa jika Zuraidah Kamaruddin ingin memperjuangkan keadilan bagi wanita, janganlah hanya bercakap tentang wanita Penan semata mata.

Berjuanglah untuk Wan Azizah yang diketahui umum sangat terseksa dan menderita dizalimi suami sendiri yang juga bos kepada Zuraidah.

- Wan Azizah dilarikan daripada keluarga dan tunangannya untuk berkahwin dengan Anwar Ibrahim pada waktu umurnya belum matang untuk buat keputusan.

- Wan Azizah tertipu dengan pesona Anwar yang menyembunyikan' jiwa ganasnya' di sebalik pidato dan wayangan
alimnya.

- Selepas berkahwin Wan Azizah menderita berkongsi rumah dengan pemuda pemuda tampan yang mencuri begitu banyak masa dan perhatian Anwar.

- Satu ketika Wan Azizah mengadu, selepas lama berada di luar
negara, sewaktu anak isteri rindu menunggu, Anwar akan menghabiskan masa beberapa jam bersama Sukma , adik angkatnya.

- Sepanjang menjawat jawatan TPM, Anwar tidak akan ke luar negara melainkan Azmin dan SHAMSIDAR ikut bersama.

- Bayangkan ' luka ' Wan Azizah apabila satu masa Anwar meminta izin untuk membawa SHAMSIDAR mengerjakan umrah sedangkan Wan Azizah disuruh membeli belah bersama Azmin.

- Setelah dipecat daripada parti dan kerajaan, lihatlah bagaimana Anwar memaksa Wan Azizah bercakap di seluruh negara tentang baiknya Anwar.

- Lihatlah malangnya Wan Azizah apabila diminta mengosongkan
Kerusi Permatang Pauh untuk diisi oleh Anwar. Perhatikan betapa
hinanya Wan Azizah apabila dipaksa menjadi Presiden PKR yang tidak boleh bersuara.

Wan Azizah adalah lambang penderitaan seorang wanita yang tidak berdaya. Lihatlah raut wajah deritanya. Inilah sepatutnya fokus Wanita Keadilan. Zuraidah wajib jujur berjuang walaupun berada di atas wadah yang tidak pernah ada kejujuran..


GAGAL MENGGODA ANAK MUDA..

" WANITA MALANG "


PAKATAN BERALIH KEPADA WANITA

PRU 12 memperlihatkan kecenderungan anak muda untuk menyokong Pakatan Pembangkang. Kejayaan membina persepsi dan penguasaan Pakatan terhadap media maya membolehkan Pakatan memenangi sokongan anak muda.

Hakikatnya pada ketika itu, terdapat ' rasa menolak' terhadap sayap UMNO iaitu Pemuda UMNO kesan kegagalan Pemuda untuk melayani anak muda berasaskan gelora jiwa mereka.

Pada ketika inilah Anwar Ibrahim mewar warkan slogan ' Orang
Muda Geng Kita'. Pakatan Pembangkang termasuk DAP,PKR dan PAS menjadi begitu ghairah menjalankan pelbagai program sesuai dengan slogan ini.

PAS yang sebelumnya terkenal dengan tamrin dan usrah mula mengubah pendekatan kepada yang lebih menyeronokkan seperti
' memancing dan bermain bola '.

Beberapa PRK selepas PRU 12 menunjukkan trend sokongan anak muda berterusan bersama pembangkang.

Bagaimanapun keadaan mula berubah apabila DS Najib mulakan pendekatan ' seakan akan beliau masih Ketua Pemuda UMNO'.
DS Najib tidak menunggu masa yang lama untuk menarik anak muda kembali bersama UMNO.

DS Najib lama menjadi Ketua Pemuda. Personaliti yang tulen, tanpa kepura- puraan dan penguasaan terhadap ' rasa jiwa' anak muda membolehkan DS Najib mengalihkan sokongan anak muda.

Hasilnya, beberapa PRK kebelakangan ini menampakkan petanda undi anak muda telah kembali kepada UMNO. Pakatan melihat dan menyedari perkara ini.

Serta merta Anwar bertindak. Nampaknya Pakatan telah tinggalkan anak muda dan memberikan tumpuan kepada wanita pula.

Tiba tiba Pakatan mula memperjuangkan nasib wanita. Semalam Pakatan menganjurkan perarakan untuk keadilan wanita di Sarawak.

Mereka telah gagal menarik wanita tetapi mereka telah bermula.
Saya percaya , Pakatan akan berbuat apa sahaja untuk menang
Pilihanraya. Kita akan menyaksikan selepas ini pelbagai strategi disusun untuk menggoda pengundi wanita pula.

Tulisan saya selepas ini akan melihat betapa kejamnya Pakatan terhadap wanita, termasuk wanita paling malang di Malaysia,
Dr Wan Azizah.




Monday, March 7, 2011

MARI KITA BELAJAR

ALAM ADALAH GURU YANG HEBAT.

Tidak semua perkara dapat dicapai oleh pemikiran kita tambahan pula jika perkara itu tidak pernah kita alami atau tempuhi.

Orang kaya sedikit sebanyak akan bersimpati dengan orang papa kedana tetapi tidak mungkin dapat merasai deritanya kelaparan.

Orang bujang yang banyak membaca novel cinta atau buku tentang perkahwinan, belum tentu dapat menikmati indah dan manisnya perkahwinan.

Doktor pakar perbidanan saban hari membantu ibu bersalin tetap tidak mampu menceritakan bagaimana sakitnya bersalin.

Demikianlah anak anak kita, barangkali mereka belajar sejarah, sosiologi, sehingga ke peringkat Doktor Falsafah dan digelar Dr.
tetapi mereka tidak akan mampu 'menghayati' betapa sukarnya masalalu dan betapa bertuahnya mereka hari ini.

Sebahagian daripada tuah itu ialah kerana kita mempunyai Kerajaan yang kukuh, jelas, tegas dan melihat rakyat adalah segala galanya.

Jika DAP,PKR dan PAS menyatakan bahawa semua kerajaan adalah sama, maka hakikatnya kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor masing masing telah memerintah dengan pelbagai masalah yang sebahagiannya tidak dapat mereka atasi.

Masalah air di Kelantan misalnya, masalah pasir di Selangor dan masalah pembersihan dan pengusiran etnik Melayu di Pulau Pinang adalah bukti betapa tidak semua kerajaan adalah sama.

Libya adalah negara paling kaya dengan minyak paling berkualiti di dunia tetapi rakyatnya antara yang paling miskin dan lapar.

Mesir menjalankan pilihanraya tetapi rakyat tidak pernah dapat memilih sesiapa yang mereka ingini.

Tunisia adalah kerajaan autokratik pimpinan isteri Presiden yang kaya raya tetapi rakyatnya gagal membeli walaupun sebuku roti.

Saya cetuskan perkara ini sebagai penghargaan kepada anak anak muda yang mula meninggalkan politik ganas dan benci yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Saya melihat bahawa anak anak muda kita telah berfikir sebelum bertindak. Saya dapati anak muda kita , walaupun tidak pernah berasa begitu susah dan derita tetapi matang membuat keputusan.

Beberapa PRK kebelakangan ini dan ajakan perhimpunan yang gagal membuktikan anak anak kita jauh lebih matang daripada apa yang pernah kita sangka.


PAS DAN DAP AKAN BERPISAH AKHIRNYA.



Selepas beberapa PRK , umum menyedari bahawa Pakatan Pembangkang bukanlah sebuah pakatan dalam erti kata yang sebenarnya.

PAS dan DAP sebenarnya tidak pernah mencapai kata sepakat. Manakala PKR tidak pernah bermakna selain Anwar Ibrahim.

Ramai juga menganggap PAS dan DAP berbeza daripada sudut ideologi. Ini adalah pandangan yang tidak tepat kerana hakikatnya PAS tidak pernah mempunyai sebarang ideologi.

Saya yakin DAP bosan dengan PAS yang menjanjikan banyak perkara tetapi tidak pernah membuktikan apa apa. Tugasan utama PAS ialah memecahkan undi Melayu, ternyata tidak berjaya dilakukannya.

Kecenderungan PAS merangsang rakyat bangkit memberontak sebenarnya sangat mengecewakan DAP. Jika ini berlaku DAP paling terkesan kerana sudah pasti kegiatan ekonomi akan terjejas dengan teruk.

Dalam masa yang sama DAP masih teringat peristiwa 13 MEI 1969 yang menyaksikan Kerajaan BN akhirnya menyusun strategi yang menambahkan kekuatan orang Melayu.

Sikap Nik Aziz akhir akhir ini juga memeningkan DAP. Apa juga kenyataan Nik Aziz adalah liabiliti kepada pembangkang. Cakap Nik Aziz sebenarnya merugikan bukan sahaja DAP tetapi juga PAS sendiri.

Konflik terbaru berkaitan judi juga sebenarnya memberi implikasi besar terhadap Pakatan. Nik Aziz terperangkap dalam keinginan memenangi hati Umat Islam dan menjaga hati DAP.

Kesimpulannya, saya berpandangan DAP dan PAS akan berpecah sebelum PRU 13.





Saturday, March 5, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, BUKTI PEMBERONTAKAN TIDAK PERLU.

" KETUA PENGHASUT JUGA MENGUNDI ? "


RAKYAT ADA RUANG SUARAKAN ISI HATI.

Hari ini pengundi di Kerdau dan Merlimau akan menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Mereka bebas memilih siapa yang mereka mahu mewakili mereka.

Ini adalah Pilihanraya Kecil( PRK ) yang terakhir ( hendaknya ) sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang wajib diadakan selewat lewatnya pada tahun 2013.

Malaysia adalah sebuah negara yang muda. Usia kemerdekaan kita baru 54 tahun. Dalam tempoh itu, kita telah melalui 12 Pilihanraya Umum dan ratusan PRK.

Semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas WAJIB mengundi sebenarnya walaupun ada yang tidak berbuat demikian. Dalam setiap pilihanraya ada parti yang bertanding.

UMNO/BN yang merupakan parti pemerintah selama 54 tahun ini pernah kalah. Ini bermakna parti pembangkang sama ada bersendirian atau berpakat pernah menang.

Bahkan UMNO/BN pernah kehilangan lima negeri termasuk Pulau Pinang dan Selangor. Jika kehilangan Kelantan, barangkali kerajaan tidak begitu terkesan, tetapi melepaskan Selangor dan Pulau Pinang adalah kehilangan besar buat Kerajaan kerana kedua dua negeri ini amat maju dan mendatangkan hasil yang banyak.

Saya timbulkan perkara ini bagi membuktikan betapa bebasnya rakyat kita menyatakan pendirian. Mereka boleh menyatakan bantahan di kertas undi.

Jika kerajaan UMNO/BN tidak berkhidmat dengan baik, rakyat pasti dapat suarakannya melalui undi mereka. Pilihanraya kita adalah antara yang paling bebas di dunia.

DAP, PKR dan Pakatan mengakui hakikat ini. Mereka tidak pernah tidak menyertai pilihanraya kerana percaya kepada perjalanannya.( Walaupun pembangkang tak pernah mengaku )

Di Mesir, Libya dan kebanyakan negara Arab, pilihanraya diadakan sebagai wayangan sedangkan keputusan telah ditetapkan.
Sistem autokratik mereka menyebabkan rakyat tidak dapat membuktikan kekecewaan mereka.

Oleh yang demikian amat tidak berasas jika mana mana pemimpin pembangkang menyeru kepada pemberontakan. Di Malaysia,pemimpin pembangkang hidup sangat mewah walaupun mereka seringkali bercakap tentang penderitaan rakyat.

Hari ini kita akan menyaksikan, rakyat di Merlimau dan Kerdau membuktikan betapa, negara tercinta ini adalah milik kita bersama.


Friday, March 4, 2011

ANWAR DAN PEMBANGKANG PERLUKAN PERANG

" RAJA HASUT YANG KAYA RAYA "


TIADA CARA LAIN UNTUK BERKUASA

Hari ini media menyiarkan amaran tiga orang pemimpin kanan kerajaan terhadap mana mana pihak yang cuba menghasut dan membakar emosi rakyat agar bangkit memberontak.

Amaran ini mempunyai asas yang kukuh kerana pemimpin pembangkang sangat ghairah menjadikan pemberontakan di Mesir, Tunisia dan Libya sebagai alat merangsang penyokong mereka.

Walaupun telah jelas bahawa Israel dan Amerika Syarikat sedang merayakan keruntuhan di negara tersebut. Buktinya Israel beberapa kali menyerang Semenanjung Gaza mengakibatkan ke
matian dan kecederaan, tetapi ia tidak lagi menjadi bahan berita.

Pembangkang sama sekali tidak pernah menyebut betapa pemberontakan setakat ini tidak nampak mendatangkan faedah
kepada rakyat di negara berkenaan.

Saya berasa bimbang. Jika benar pembangkang mampu menghim
punkan 500 ribu anak muda untuk bersama mereka, hakikatnya
jutaan lagi anak muda tetap bersama kerajaan UMNO/BN.

Siapakah yang dapat mempastikan bahawa berjuta anak muda ini
tidak bangkit mempertahankan Kerajaan sedia ada ? Saya dapat melihat riak awal kebangkitan anak muda yang selama ini senyap
dan tidak bersuara.

Di Merlimau dan di Kerdau , anak muda ini mula menunjukkan diri
mereka. Pembangkang melakukan kesilapan besar apabila menyangka anak muda yang menyokong UMNO tidak mempunyai
keberanian.

Anak anak ini mula menghalang ceramah pembangkang. Mereka juga sudah mengepung kereta Ketua Pembangkang , Anwar Ibrahim. Anak anak muda ini juga bermaruah dan berdarah panas.

Pembangkang yang menyeru kebangkitan telah mula melihat kebangkitan. Cuma kebangkitan yang berlaku ialah kebangkitan menentang mereka.

Kita memahami Anwar Ibrahim dan pembangkang perlukan pem
berontakan untuk membantu mereka berkuasa. Namun yang
telah bermula ialah kebangkitan menghalang mereka.

Saya menjadi bimbang. Jika tiada tindakan proaktif dari pihak kerajaan, perang saudara tidak mustahil akan berlaku.

Pada ketika itu, segalanya telah terlambat. Kita perlukan puluhan tahun pula untuk memulihkan keadaan.

Kerajaan mempunyai pilihan terbatas. Bertindak sekarang atau redha melihat anak bangsa hidup menderita.



KEMENJADIAN NAJIB DAN KECELARUAN PEMBANGKANG..

TIADA SESUATUPUN BERLAKU SIA SIA.

Kita umat Islam diasuh sejak kecil bahawa tiada suatu perkarapun yang berlaku di atas mukabumi ini berlaku sia sia. Kita diajar bahawa segalanya mempunyai makna melainkan kita tidak mahu berfikir.

Demikianlah saya melihat situasi politik semasa di negara kita. Seakan sesuatu yang agak luarbiasa apabila tsunami politik melanda negara dalam PRU 12.

Ia adalah kejutan. Kejutan yang amat mendidik.

Kemudiannya kita menghadapi begitu banyak PRK yang menjulang nafsu Pakatan Pembangkang, yang akhirnya melekakan mereka.

Akhir akhir ini beberapa PRK terkemudian, menyaksikan UMNO/BN mencipta kejayaan luar biasa. Yang menarik, kesemua
PRK ini menampilkan calon yang tidak tersenarai sebagai 'bakal
calon'.

Jika Merlimau dan Kerdau menghasilkan keputusan yang sama, maka kita boleh katakan bahawa ini adalah ' kemenjadian ' DS Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan.

Ia tidak berlaku ' sia sia' melainkan membawa makna besar jika kita mahu berfikir. Antara maknanya barangkali ialah seorang pemimpin kena , wajib tulus dan tulen.

Kualiti ini sangat jelas ada pada DS Najib. Tidak berlakon, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Pada masa Kerajaan tidak mampu, Najib hanya menguruskan ' saguhati' kepada kakitangan kerajaan.

Pada masa kerajaan tidak mampu menanggung subsidi, harga minyak dan barangan dinaikkan dengan kadar yang bersesuaian.

Setakat ini, umum sedar DS Najib bercakap benar. Ini juga ciri pentadbiran Tun Mahathir pada masa dahulu.

Di sudut yang lain Pakatan Pembangkang sedang bertungkus lumus mencari titik mula pergerakan mereka. Segalanya menggambarkan betapa Pakatan sebenarnya tidak pernah sepakat.

Masing masing hilang fokus kecuali DAP yang mengekalkan sikap
chauvinis Cina. PAS dan PKR sebenarnya benar benar bergantung kepada DAP.

PAS paling ketara sangat bercelaru kerana PKR memang tidak sesuai dinilai sebagai sebuah parti. Ia adalah secebis kumpulan yang ditubuhkan bagi menyokong survival seorang individu.

Akhir akhir ini kita menyaksikan PAS telah mengheret dunia untuk sama bergelumang di Kerdau dan Merlimau. Pemberontakan di Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain menjadi bahan ceramah.

Kamal Artaturk dan Dr Yussuf Qardhawi yang tidak mengenali PAS ikut dibawa berpencak. Saya mendengar calon calon mereka terkilan kerana tidak dijadikan bahan ceramah pemimpin PAS.

Segalanya menjadi serba tidak kena. Saya yakin Nik Aziz dan Haji Hadi telah kehabisan bahan. Dengan yang demikian PAS tidak lagi kelihatan yakin dengan keupayaan mereka untuk memenangi pilihanraya.

Lantas, akhirnya sistem demokrasi dipersalahkan. PAS mengajak
rakyat bangkit memberontak. Diawali dengan menyokong HINDRAF. Hakikatnya setakat ini mereka kelihatan gagal.

Anwar Ibrahim sedang dimalukan oleh Karpal Singh dan barisan pembelaannya. Tidak cukup dengan perbicaraan, Karpal meminta bicara dalam bicara. Anwar hampir ketiadaan wajah sebenarnya.

Saya berpandangan Anwar sedang menuju ke noktah karier politiknya.

Kemenjadian Najib dan kecelaruan pembangkang. Mari kita satukan hati dan fikiran kita. Insyaallah kita sedang menuju ke arah Malaysia yang gemilang.