Followers

Monday, May 2, 2011

PAS BUKAK PINTU, HINDRAF KENCING !

" MANGSA SERANGAN KOMUNIS "


SERANGAN TERHADAP INSTITUSI AGAMA BERTERUSAN.

Saya tidak terkejut apabila ada pembaca mengatakan Mufti bodoh, penyamun atau meletakkan sebarang label yang lain. Saya juga tidak terkejut jika pasti penuduh itu adalah pengikut atau pendukung Hindraf.

Dari sudut kerajaan saya dapati adalah sesuatu yang luarbiasa apabila pertubuhan haram seperti Hindraf dapat bergerak secara bebas. Mereka mengeluarkan pelbagai kenyataan yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan huru hara dan menjejaskan keselamatan negara.

Saya dan barangkali ada orang lain juga berpandangan bahawa sebenarnya kerajaan hanya berani bertindak terhadap segolongan masyarakat dan amat takut kepada segolongan yang lain. Ini menyebabkan ada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan penguatkuasaan terpilih.

Dari sudut yang lain, saya dapati kenyataan Hindraf menghina Mufti adalah sesuatu yang halal kerana ia dimulakan oleh PAS.
Serangan PAS terhadap Harussani sebenarnya sudah melepasi tahap yang sepatutnya.

PAS barangkali tidak sedar betapa sikap terhadap sebilangan ahli agama yang berbeza aliran dengan mereka telah membolehkan 'serangan terhadap institusi agama Islam' berlaku secara berleluasa.

Serangan terhadap Institusi Islam, Institusi Raja dan beberapa institusi lain yang rapat dengan orang Melayu sebenarnya adalah serangan khusus terhadap Perlembagaan Negara.

Mereka berjaya kerana sokongan PAS. Sekiranya serangan ini berterusan, maka bersedialah dengan kemungkinan kita akan menjadi generasi merubah Perlembagaan dan meletakkan Islam, Umat Melayu di bawah tapak kaki kafir harbi yang gigih berusaha.



SYARAT SAH UNTUK MENANG PEMILIHAN PAS


BENCI UMNO KE TAHAP MAKSIMUM !

Tidak lama lagi Muktamar PAS akan berlangsung. Antara kebanggaan PAS ialah mereka meneruskan pemilihan walaupun politik negara dalam mood menghadapi Pilihanraya Umum 13.

Saya menjangkakan akan ada kejutan pada Pemilihan kali ini.

1. Peratusan besar perwakilan adalah ahli baru PAS. Mereka menyertai PAS selepas era Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO. Sebahagian daripada mereka adalah bekas ahli UMNO yang keluar bersama Anwar.

2. PAS kawasan juga akan dikuasai oleh orang orang Anwar yang kebanyakannya mempunyai kedudukan ekonomi yang baik.

3. Penghakisan akan berlaku terhadap golongan agama yang dari mula menyertai PAS atas asas agama.

4. Golongan penyokong Anwar akan menguasai PAS kecuali Presiden sebagai ' tanda hormat'. Itupun ita akan menyaksikan Haji Hadi dikecam hebat dalam muktamar.

5. Islam akan gugur sebagai keutamaan PAS sebaliknya muktamar akan digegarkan dengan suara benci kepada UMNO dan kasih kepada DAP.

Akhirnya saya berandaian bahawa jika seseorang mahu menang dalam pertandingan semasa Muktamar ini, beliau mestilah menunjukkan kebencian meluap luap kepada UMNO.

Jika ia kelihatan ' sederhana' maka kita akan saksikan calon ini pasti tumbang. Sehubungan ini juga, saya dapat pastikan bahawa PRU 13 akan menyaksikan PAS mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah !


Saturday, April 30, 2011

LEE KUAN YEW PENYOKONG UMNO TEGAR !


YAKIN ANWAR PELIWAT.

Satu ketika pada penghujung tahun 2010, dunia telah dikejutkan dengan pendedahan oleh Wilileaks yang berpangkalan di Australia.

Pelbagai perkara ' sangat sulit' telah didedahkan oleh Wikileaks yang melibatkan ramai tokoh dan banya peristiwa di dunia khasnya di Asia Tenggara.

Salah satu daripadanya ialah kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa " Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal seks dan perisikan Singapura mempunyai maklumat teknikal berkaitan dengannya ".

Saya tidak fikir LKY mengeluarkan kenyataan ini dengan tujuan untuk membuktikan UMNO betul. Bahkan hakikatnya bukan UMNO yang menyebabkan Anwar didakwa.

Anwar didakwa setelah Saiful membuat laporan polis.

Kebimbangan saya ialah,

1. LKY mahu membuktikan betapa perisikan Singapura sangat cekap sehingga apa sahaja maklumat akan dapat mereka perolehi.

2. LKY cuba tunjukkan bahawa mereka memang mengekori Anwar dan mungkin orang lain juga untuk diperangkap dan Anwar telah masuk dalam perangkap itu.

3. Anwar mungkin sahaja menjadi ' mangsa peras ugut' anasir luar jika beliau gagal memenuhi keinginan mereka. Misalnya dalam konteks Singapura- memperbaharui perjanjian air dengan kadar yang luar biasa.

Berkaitan dengan itu juga tentu kita WAJIB bertanya bagaimana aksi seks Anwar Ibrahim dapat dirakam dengan kemudahan bertaraf dunia ? Mungkin kah ini juga perangkap Singapura?


WAHHH!!! BESARNYA!!!

KELAM KABUT DIBUATNYA...

Ringkas dan jelas. DS Najib jemput PAS bersama BN untuk perjuangkan Islam. Perjuangkan negara dan bangsa.

Inilah DS Najib. Pemimpin berjiwa besar dan tulus. Jemputan ini dibuat dalam keadaan PAS tersangat lemah.

Akuilah. PAS kalah berturut turut dalam banyak PRK termasuk di kerusi yang disandangnya.

PAS kalah semua kerusi yang ditandingi di Sarawak walaupun PAS terlebih yakin akan menang.

PAS sedang dilanda krisis kepimpinan yang serius. Haji Hadi diragui dan dipertikai wibawanya. Haji Nik Aziz kehilangan kata.

PAS sedang dilanda demam Mat Sabu yang pernah dicalar imej akhlaknya.

Umum menyedari, PAS hanya tukang sembahyang hajat sekarang. Itu pun dengan matlamat yang ditentukan Anwar Ibrahim.

Saya yakin PAS sedang melompat sekarang. Jiwa besar DS Najib sedang menghukum mereka.


Friday, April 29, 2011

MCA PERANGKAP DS NAJIB

" MCA ASYIK BEROPERA "



TOLAK JAWATAN KABINET, NEGERI

MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat Pusat dan Negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihanraya umum akan datang.

Sekali pandang ia seakan akan amaran kepada masyarakat Cina bahawa ia akan kehilangan wakil dalam kerajaan jika tidak menyokong BN.

Namun realitinya masyarakat Cina tidak memerlukan wakil dalam kerajaan kerana mereka boleh mendapat apa yang mereka kehendaki walaupun mereka berada dalam DAP.

Saya melihat kenyataan ini sebagai ' amaran dan desakan' kepada DS Najib supaya terus memberikan kerusi untuk ditandingi oleh MCA dalam PRU akan datang.

Hakikatnya selepas PRU 12, MCA tidak melakukan apa apa untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada BN. Saya tidak nampak sebarang usaha dibuat misalnya untuk menabah pengundi baru.

Saya agak bimbang jika MCA diberikan kerusi seperti dahulu, ia seakan akan menghadiahkan kerusi itu untuk dimenangi oleh pembangkang khasnya Cina DAP. Atau memang MCA berniat begitu?

Bagaimanapun sebagai anak Melayu saya mengharapkan agar DS Najib kekal dengan pendirian bahawa calon yang akan diletakkan ialah calon boleh menang, tanpa mengira partinya.

Kelihatan agak jelas, MCA atau GERAKAN nampaknya tidak mampu menang di mana mana...



KALAU DEKAT, AKU PELUK DAH NAJIB NI..

" CERIA JER.."


( UNTUK CATATAN SENDIRI )

INILAH YANG AKU KAGUM DS NAJIB NI. HANGPA BALUNLAH DIA KIRI KANAN PUN, DIA TETAP TENANG.

SELALUNYA BILA DIA BERCAKAP, SEGALA KUSUT TERLERAI, TERBURAI.

DS NAJIB KATA SUMPAH LAKNAT DATUK ESKAY NI IALAH SOAL PERIBADI DIA. TAK DE KAITAN DENGAN UMNO ATAU KERAJAAN.

SESIAPAPUN NAK BERSUMPAH, BERSUMPAHLAH..TAK ADA SESIAPA LARANG, TIADA SESIAPA YANG SURUH..

ORANG UMNO KENA DENGAR LAH KENYATAAN DS NAJIB NI. 2/3 HARI DAH TAK BUAT KERJA PARTI, TAK JUMPA RAKYAT. ESOK SAMBUNG BALIK KERJA .

PART NUAR NI BIAR ORANG LAIN YANG URUSKAN. UMNO KENA URUSKAN RAKYAT, RAKYAT SEDANG TUNGGU...


SUMPAH ESKAY TIDAK LENGKAP !!

" MEREKA TIDAK MEWAKILI UMNO! "


PALITAN TERHADAP UMNO TIDAK TERPADAM !

Saya difahamkan bahawa Datuk Eskay telah melafazkan sumpah laknat pada jam 4. 15 petang tadi. Sumpah ini mengandungi
pengakuan bahawa Anwar Ibrahim dan dirinya adalah individu yang berada dalam paparan video seks tersebut.

Saya tidak tahu apakah pandangan orang lain. Saya tidak menganggap sumpah ini penting kerana rakyat telah tahu Anwar adalah pemimpin tidak berakhlak sejak 1998 lagi.

Hari ini rakyat sedang berasa resah gelisah. Umat Melayu tidak gembira dengan apa yang berlaku. Ini hakikatnya.

Turunlah ke bawah. Dengar suara kesal rakyat bawahan. Ada ibu bapa tidak dapat menonton Buletin Utama kerana bimbang anak anak akan mendengar berita memalukan ini.

Keadaan di masjid Sentul hiruk pikuk pada masa umat Islam berasa aman dan selamat. Dunia melihat kepada kita sekarang.

Saya menyalahkan Anwar kerana kerosakan ini. Dalam masa yang sama Datuk Eskay telah mencemarkan UMNO secara tidak bertanggungjawab atas sebab sebab peribadi beliau.

Saya menyeru Datuk Eskay, jika benar mahu selamatkan negara daripada orang sebahaya Anwar, bersumpahlah bahawa UMNO tidak terlibat dalam kemelut memalukan ini.

Jangan kerana dendam Datuk Eskay, UMNO menerima balanya..