Takdir Allah swt maka kerusi Hulu Selangor pun kosong. Ini masa yang amat baik untuk kepimpinan tertinggi Barisan Nasional membuat keputusan. Sudah tentu calon menjadi perkiraan yang amat penting. Samy Veloo awal awal lagi telah menyinggung perasaan ramai apabila mengeluarkan kenyataan yang sam,a sekali tidak mencerminkan rasa hormat terhadap rakan rakan dalam Barisan terutama Pengerusi BN senfdiri iaitu Datuk Najib.
Saya dapat melihat sebenarnya parti komponen dalam BN terutama MIC dan MCA tidak lagi mengamalkan setiakawan seperti dahulu. Pilahanraya Umum 12 jelas menggambarkan perkara ini. Kemudian dalam bayak pilihanraya kecil selepas itu kedua dua parti ini tidak menyumbang sama sekali.
Samy Veloo patut buktikan penerimaan masyarakat India terhadap MIC terlebih dahulu sebelum bercakap tentang kerusi. Tidak logik untuk mengatakan Datuk Palanivel adalah seorang yang baik tapi kalah dalam pilihanraya. Tidak logik juga dalam keadaan BN tidak begitu kuat, MIC melaksanakan perkongsian bijak dengan parti parti di India. Berpijaklah di bumi nyata, usah lagi diulit mimpi.
Kepada pimpinan tertinggi BN, ini bukan masa untuk membuktikan setiakawan, ini masa untuk membuktikan bahawa UMNO boleh berdiri sendiri untuk teruskan perjuangan. Kepada orang Melayu, Allah dan tunjukkan banyak peristiwa sebagai petanda bahawa di negara ini maruah dan martabat kita, agama kita kita yang mempertahankannya. Mari kita bersatu
2 comments:
UMNO patut letakkan calon di Hulu Selangor.
Mesejnya mudah - adakah masyarakat Cina dan India masih percaya kepada konsep BN dan kini 1Malaysia.
UMNO paptut letakkan calon Hulu Selangor. Mesejnya mudah - adalah masyarakat Cina dan India masih berpegang teguh pada konsep BN dan kini 1Malaysia, atau mereka kini lebih selesa menebalkan sikap racist dengan kemunculan pengkhianat Nuar Brahim dan parti bodoh Islam PAS.
Post a Comment