Followers

Wednesday, May 12, 2010

KARPAL BERJAYA

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari baru sahaja bermula. Saksi utama yang juga mangsa kekejaman Anwar telah berjaya melalui perbicaraan dengan tenang.

Tetapi saya berpandangan bahawa orang yang paling berjaya ialah Karpal Singh. Karpal telah berjaya menghina Islam apabila mengemukakan soalan berkaiatan agama kepada Saiful.

Adakah kamu mandi junub menggambarkan bahawa Karpal cuba menunjukkan bahawa liwat adalah sesuatu yang dibolehkan dalam Islam sebab ada kaedah ' penyuciannya ' yang telah ditetapkan oleh agama.

Sedangkan Islam telah menetapkan bahawa perbuatan meliwat adalah sesuatu yang terlarang dan tidak dibenarkan sama sekali. Memang benar , sebagai mangsa Saiful mempunyai kaedah ' bersuci ' bagi tujuan bertaubat tetapi adalah melampau jika persoalan ini ditimbulkan oleh Karpal yang sanggup menggadaikan nyawanya demi menolak Islam.

Inilah kesan sikap dan perbuatan menjual agama pimpinan PAS. Akhirnya Islam dihina tanpa dibela. Apa kata Nik Aziz ?

No comments: