Followers

Saturday, May 8, 2010

Memaknakan Perjuangan UMNO 2

Sekali lagi saya menulis mengenai UMNO yang sekarang sedang bersidang di peringkat cawangan. Saya fikir masanya telah tiba untuk kita melihat, menilai dan mentafsir semula perjuangan UMNO selama ini.

Hampir setiap orang akan mengaitkan UMNO sebagai pertubuhan yang memperjuangkan bangsa. PAS menganggap UMNO sebagai Assabiah kerana perjuangan ini. DAP melebel UMNO sebagai rasis.

Apa pula tanggapan kita ahli UMNO ? UMNO adalah parti yang paling lama bertahan dalam sejarah politik moden. Banyak sejarah pahit dan luka UMNO tempuhi. Pemimpin bertukar ganti. Namun UMNO masih kekal mengepalai kepemimpinan negara.

Sedangkan PAS dan DAP sehingga kini masih gagal memerintah negara walaupun mereka bergabung dan berkongsi matlamat. Mereka masih gagal walaupun segala kaedah dan strategi kotor mereka gunakan.

Apa yang berlaku ialah kesan keikhlasan dan keluhuran perjuangan UMNO. UMNO adalah parti yang dari dahulu hingga sekarang mempunyai matlamat dan cita cita yang tidak pernah berubah. KUASA. Kuasalah perjuangan UMNO. Kuasalah matlamat UMNO.

Dengan kuasa , UMNO subur dan daulatkan Islam
Dengan kuasa , UMNO subur dan daulatkan Institusi Raja
Dengan kuasa , UMNO bina dan pertahankan negarabangsa
Dengan kuasa , UMNO membangun dan memelihara kesejahteraan rakyat.
Dengan kuasa , UMNO merencana dan merancang masa hadapan
Dengan kuasa , UMNO menghapuskan pengkhianatan.

Banyak yang UMNO telah dan akan terus lakukan kerana UMNO diberikan kuasa. Ahli UMNO mesti yakin dan sentiasa memperkukuhkan azam, kuasa yang ALLAH anugerahkan kepada UMNO wajib kita pertahankan

No comments: