Sebagai seorang Islam, antara perkara yang amat sensitif dan tidak dapat dimaafkan ialah apabila ada pihak mempersendakan agama . Orang normal yang tidak ' alim ' pun tidak akan bertolak ansur apabila hal hal berkaitan agama diperkotak katik.
Saya rasa amat risau apabila Mustafa Ali SU Agung PAS dengan 'riangnya' mengisytiharkan kemenangan DAP sebahagiannya kerana keterbukaan PAS dalam isu kalimah ALLAH.
Saya ragu status sebenar Mustafa Ali bilamana beliau sanggup 'terbuka' dalam isu yang diperingatkan oleh Dr Harun Din sebagai menjejaskan aqidah. Kenyataan Mustafa Ali menafikan ' KETUNGGALAN' ALLAH yang selama ini dipertahankan.
Yahudi menyatakan ALLAH beranak yang bernama Uzair
Kristian menyatakan Al Maseh sebagai anak ALLAH.
Soalan yang ingin kita tanyakan kepada Mustafa Ali - Samakah ALLAH kita dengan ALLAH mereka ? Berbaloikah korban yang dibuat hanya untuk sebuah kerusi ?
Kita ingin bertanya kepada para ulamak di dalam atau di luar PAS - Adakah semua orang memegang fatwa Nik Aziz bahawa ' senyap itu dakwah ' ?
No comments:
Post a Comment