PTPTN : POTONGAN GAJI DIPERHALUSI( Tajuk 2 )
Kedua dua tajuk berita ini tersiar dalam mukasurat 7 Utusan Malaysia Jumaat 1 Oktober 2010. Tajuk pertama merujuk kepada peminjam yang dikecualikan daripada membayar pinjaman belajar kepada PTPTN kerana mendapat keputusan Ijazah Kelas Pertama tahun ini.
Tajuk kedua pula ialah rayuan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) supaya kerajaan mengkaji dengan teliti kadar bayaran balik pinjaman PTPTN bagi mengurangkan bebanan peminjam.
Bacalah kedua dua berita ini serentak. Tahniah Utusan Malaysia kerana begitu bentuk susunan beritanya. Mahasiswa perlu membaca akhbar yang pelbagai supaya mendapat berita yang pelbagai pula.
Mahasiswa adalah orang terpilih. Mari kita ubah cara berfikir. Saudara usah lagi berfikir untuk merayu mengurangkan pinjaman. Saudara perlu berfikir untuk tidak membayar pinjaman itu kerana pencapaian cemerlang saudara.
Saudara boleh melakukannnya kerana saudara telah melakukannya di peringkat sekolah. Ini yang melayakkan saudara berada di menara gading.
Perubahan cara berfikir akan membolehkan saudara bertindak secara yang lebih tepat. Usah kesali kemiskinan keluarga kerana saudara berpeluang merubahnya.
Buat pembetulan sekarang. Inilah yang saya maksudkan kebangkitan. Jangan lupa , ' KITA ADALAH UMAT TERBAIK DI KALANGAN UMAT MANUSIA KERANA KITA MENGAJAK YANG MAKRUF MENCEGAH YANG MUNGKAR ;
1. Perbetulkan niat - Saudara melanjutkan pelajaran untuk memperbaiki nasib diri dan keluarga. Allah tidak akan mengubah
nasib kita jika kita tak berusaha mengubahnya.
2. Fokus - Saudara adalah pelajar. Kewajiban saudara adalah
belajar. Usah campuri urusan yang belum masanya diuruskan.
Tak perlu memperjuangkan sesuatu yang sebenarnya tidak
menjejaskan apa apa. AUKU sebagai contoh adalah garis pandu
an yang akan menjadikan saudara orang cemerlang.
3. Usah terlibat politik kepartian. Apa parti pun. Belum masanya.
Saudara hanya 4/5 tahun di universiti. Setelah selesai, berpoli
tiklah demi agama, bangsa dan negara.
4. Usah pula terbabit gejala negatif. Ingatilah keluarga yang saudara tinggalkan. Apa maknanya kejayaan jika akhlak dan harga diri tidak dijaga.
5. Berhati hati dengan pergaulan. Ada orang sedang menunggu
untuk memperalatkan saudara demi kepentingan mereka.
Percayalah, mereka akan tinggalkan saudara apabila saudara
kesusahan.
Akhirnya saudara ingatlah pesanan ini
" PANDAI BODOH, KAYA MISKIN, HINA MULIANYA KITA, KITA YANG MENENTUKAN "
Ayuh saudara, bangun, bangkitlah, ini perang saudara sebenarnya.
No comments:
Post a Comment