Followers

Sunday, October 3, 2010

HARI TIDAK MENULIS


HARI INI IALAH HARI TAFAKUR..HARI BERDOA.

Saya memilih untuk tidak menulis hari ini. Hari ini adalah hari untuk saya tafakur dan berdoa. Hari ini saya peruntukkan untuk berdoa mudah mudahan ALLAH sembuhkan negarawan yang kita kasihi Yang Berbahagia Tun Mahathir yang sekarang sedang sakit.

Sewaktu menghadiri majlis Hari Raya dan majlis perkahwinan hari ini, inilah yang menjadi fokus perbualan. Begitu ramai orang memperkatakan dan berasa risau akan keadaan Tun. Ada yang menganjurkan supaya dibuat majlis solat hajat dan bacaan yassin supaya Tun diberikan kesembuhan.

Saya terperanjat. Terkelu bilamana anak muda bertanya dan berbincang tentang Tun. Saya jangkakan generasi muda tidak kisah. Saya jangkakan mereka tidak peduli. Saya silap. Mereka amat menghargai Tun.

Seorang graduan dari Universiti Yarmouk di Jordan memberitahu saya pengalaman sesat di Jordan pada tahun pertama pengajiannya. Sewaktu bertanya kepada pihak keselamatan , mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

Disebut Malaysia mereka tidak tahu. Dia teringat pesanan datuknya yang pernah tersesat di Mekah. Datuknya menyebut Mahathir , pegawai keselamatan itu tahu dan membawanya ke Tabung Haji.

Anak muda ini juga menyebut Mahathir. Pegawai polis itu menyambut
" oh..Malaysia Mahathir , Malaysia Mahathir ".

Pengalaman ini menurut anak muda ini menjadikannya dekat dengan Tun Mahathir walaupun tidak pernah bertemu.

Inilah Mahathir. Inilah juga yang disebut aura. Tun berada di Australia tetapi doa dan harapan rakyat tetap bersamanya. Hari ini saya yakinb bukan sahaja saya bahkan seluruh rakyat sedang berdoa akan kesejahteraan Tun.

Ya ALLAH, Kau Sembuhkanlah Tun Mahathir. Agama, bangsa dan negara masih memerlukan sentuhannya. Amin

No comments: