Followers

Tuesday, October 5, 2010

KRISIS PAKATAN PEMBANGKANG

BERTINDAKKAH UMNO / BARISAN NASIONAL

Umum mengetahui Pakatan Pembangkang sedang berhadapan masalah besar yang mereka sendiri tidak jangkakan. DAP gagal meneruskan kaedah
' tawanjajah' seperti amalan PAP di Singapura bilamana Kulasegaran mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran DAP khasnya di Perak.

Kelihatan bermasalah sudah memadai bagi DAP untuk berasa kecut perut. Selamanya DAP adalah parti yang amat autokratik sifatnya. Dominasi keluarga
Lim nampaknya gagal menyembunyikan nanah dalam DAP.

Rakyat sedar dengan jelas bahawa DAP adalah parti cauvinis Cina. Karpal Singh, Gobind Singh bahkan Kulasegaran sendiri adalah alat semata mata .
Mereka digunakan untuk menggambarkan keterbukaan DAP. Benar, pendedahan Kula adalah bom yang boleh meruntuhkan DAP.


Pakatan Rakyat juga sedang bergelora. Pemilihan cabang di seluruh negara menceritakan segalanya. Ramai menjangka PKR dikuasai Anwar. Rupanya tidak begitu. PKR sebenarnya sebuah parti yang tidak mempunyai makna. Ia adalah pertubuhan tempat mengumpulkan orang orang yang membawa hasrat dan niat peribadi.

Apabila berlaku pemilihan barulah rakyat dapat menilai apa yang selama ini dikatakan perjuangan. Anwar bahkan gagal mengawal anak isterinya apabila bercakap tentang jawatan dan pemilihan. Anwar gagal berkongsi cita cita bukan sahaja dengan ahli bahkan dengan kaum keluarga. Percayalah PKR akan berkubur tidak lama lagi.

PAS juga sedang bergolak. Bukan isu dasar atau ahli. PAS sedang dilanda masalah kepimpinan yang serius. PAS tidak mungkin dapat menyembunyikan keretakan yang berlaku. Pergeseran antara puak Presiden dan puak Mursyidul Am sudah sampai ke peringkat luar biasa.

Pilihanraya Kecil Galas menggambarkan keretakan ini. Masing masing ada calon sendiri. Setakat ini tiada kata sepakat dicapai. Isu moral Salehuddin Ayub sampai sekarang tidak dijawab. Bukan soal benar atau palsu tetapi mengapa orang ' sewarak ' Salehuddin boleh dikaitkan dengan kisah keji seperti itu.

Inilah senarionya. Inilah takdirNYA. ALLAH jadikan semua ini pada masa yang amat kritikal. ALLAH barangkali memberikan peluang kedua kepada UMNO.
Persoalannya adakah UMNO menganggap ini sebagai peluang? Adakah UMNO misalnya menjadikan apa yang berlaku ini sebagai garis mula untuk bertindak?

Adakah UMNO menyedari bahawa apa juga tindakan tidak akan memberi makna selain mencari pengundi baru ? Adakah UMNO sudah bersedia menawan pengundi lama yang sebelum ini tidak menyokong UMNO? Atau adakah UMNO berasa seronok dengan apa yang berlaku dan tenggelam dalam keseronokan ?

Buatlah pilihan, jangan nanti anak cucu menyalahkan kita kerana tidak berbuat apa apa.

No comments: