Followers

Thursday, December 2, 2010

MALAM TADI NIZAR TAK TIDUR

" KINI TIDAK HANYA BERADA DI ZOO "


KECEWA TAK DIARAH KELUAR DEWAN

Saya yakin Nizar dan rakan rakan pendukung komunismenya malam tadi langsung tak dapat tidur. Setiap kali nak memejamkan mata, Nizar semacam diganggu ' ketenangan' Dr Zambri dan Speaker DUN Perak sepanjang sesi semalam

Semalam setengah mati Nizar melanggar peraturan dewan. Dia sanggup kelihatan bodoh bila dia berceramah di dalam DUN memperkatakan perkara perkara yang langsung tidak berkaitan.

Dia sanggup jadi bahan lawak dalam DUN walaupun dia tahu orang memerhati. Nizar tak peduli. Matlamat Nizar ialah Speaker menghalau dia keluar.

Masa inilah Nizar dan rakan rakan akan keluar semua dan buat sidang media besar besaran. Masa ini Nizar akan lontarkan segala macam tuduhan kepada BN khasnya UMNO.

Kemudian Nizar dan rakan rakannya akan buat roadshow seluruh negeri menceritakan betapa hebatnya mereka berjuang untuk rakyat Perak dan betapa gagalnya kerajaan pimpinan Dr Zambri menjawab soalan soalan mereka.

Nizar telah gagal setakat ini. Saya yakin Nizar telah dimaki hamun oleh Nga dan Ngeh. Memang selama inipun Nizar adalah ' abdi' mereka. Rakyat Perak tahu perkara ini

Saya yakin hari terakhir ini akan menyaksikan pelanggaran peraturan yang lebih hebat lagi. Saya percaya jika hari ini Speaker boleh bertahan dan memahami taktik kotor Nizar dan rakan rakannya, kita akan dapat lihat betapa hancurnya hati mereka.

No comments: