' MUSUH DALAM SELIMUT. KARPAL AKHIRNYA BERJAYA MEMBUNUH ANWAR '
TEORI BELOT KARPAL SINGH TERNYATA BENAR
Berasaskan kepada senario perbicaraan kali pertama Anwar Ibrahim, ramai berpendapat bahawa Anwar tidak pernah mendapat pembelaan. Karpal Singh yang mengetuai barisan pembela sebaliknya menjadikan perbicaraan itu sebagai medan kempen politik murahan DAP dengan ' memberi fokus kepada kejahatan kerajaan yang ketika itu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamed '
Apabila Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis berkaitan 'perbuatan liwat' Anwar Ibrahim sekali lagi Karpal dipilih untuk mengetuai barisan pembelaan. Sekali lagi Anwar mengalami nasib yang sama.
Karpal yang pernah mendakwa Anwar sebagai ' tidak bermoral ' sekali lagi mengambil peluang ini untuk ' membicarakan kerajaan '. Setakat ini ' institusi kehakiman ' menjadi sasaran Karpal dan rakan rakannya.
Terbaru Karpal telah ' menikam Anwar dari belakang ' apabila bertindak meninggalkan mesyuarat JK Hak dan Kebebasan Parlimen. Anwar yang telah menuduh kerajaan menjalin hubungan dengan Israel di Parlimen telah dihadapkan ke JK ini dan dijanjikan ' pembelaan oleh Karpal '.
Sebaliknya Karpal dan R Sivarasa telah meninggalkan mesyuarat dengan alasan 'protes '. Hakikatnya ialah Karpal mahu Anwar digantung selama 6 bulan daripada Parlimen supaya Lim Kit Siang dapat mengambil alih peranan Ketua Pembangkang.
Ramai berpendapat bahawa akan sampai masanya , bilamana Karpal juga akan menarik diri daripada membela Anwar di mahkamah dan berharap dua perkara akan dicapai serentak :-
1. Imej dan maruah kerajaan BN dapat dicalar
2. Anwar Ibrahim akan jatuh tersepuk dalam keadaan yang amat hina.
Kesimpulannya, kita akan menyaksikan bagaimana DAP melalui Karpal Singh sekali lagi akan menangguk di atas kesukaran Anwar. Maka jelaslah betapa kuatnya pengaruh komunis ke atas mereka.
2 comments:
BRO....
YOU ARE ABSOLUTELY RIGHT....
you are absolutely correct bro
Post a Comment