Followers

Saturday, December 4, 2010

ANWAR PAKAR MEMILIH UMPAN

RAKYAT TERPERANGKAP UMPAN BERACUN

Kemenangan UMNO/BN dalam PRK Galas dan Batu Sapi adalah tragedi bagi Anwar dan rakan rakannya dalam Pakatan Pembangkang. Segala jentera telah mereka gerakkan.

Segala fitnah dan penipuan disebar seluas luasnya bagi menyemarakkan kemarahan rakyat dan akhirnya rakyat menolak UMNO/BN. Segala tenaga dan wang ringgit telah dilabur dengan kepercayaan bahawa kemenangan di Galas dan Batu Sapi akan jadi pemangkin kepada kemenangan dalam PRU 13.

Akhirnya Pakatan kalah di kedua dua kerusi. Pakatan tumbang dan mula berbalah sesama sendiri. Mereka menganggap bahawa kalah adalah sesuatu yang tidak logik sama sekali.

Post mortem yang mereka lakukan menghasilkan dapatan yang sama iaitu rakyat mula menerima dan meyakini GAGASAN 1 MALAYSIA. PENGUNDI TANPA MENGIRA LATARBELAKANG KAUM DAN AGAMA SEPAKAT MENYOKONG UMNO/BN.

Inilah faktor utama yang menyebabkan Anwar mengarahkan isterinya MENCETUSKAN ISU KETUANAN MELAYU SEWAKTU MERASMIKAN KONGRES PKR. TIDAK CUKUP DENGAN ITU ANWAR SENDIRI MEMANASKAN LAGI ISU INI SEWAKTU MENUTUP KONGRES BERKENAAN.

HAKIKATNYA KERAJAAN UMNO/BN TIDAK PERNAH MEMBINCANGKAN SOAL KETUANAN MELAYU. IA TIBA TIBA DICETUSKAN BAGI MEMAKSA ORANG MELAYU ' SEAKAN AKAN BANGKIT MEMPERTAHANKAN SESUATU YANG SEBENARNYA TIDAK PERNAH WUJUD '.

BILA ORANG MELAYU BANGKIT, MAKA ORANG CINA DAN INDIA YANG SELAMA INI HIDUP BERKONGSI DI TANAHAIR INI MULA BERASA GUSAR.MEREKA MULA TERANCAM DAN RASA TIDAK DIPERLUKAN.

SEDANGKAN GAGASAN 1 MALAYSIA MELETAKKAN SEMUA RAKYAT ADALAH SAMA DALAM APA JUA PERKIRAAN. KEMAKMURAN. KEAMANAN TIDAK AKAN TERCAPAI DALAM SUASANA KONFLIK DAN KRISIS.

INILAH KEHENDAK ANWAR DAN KONCO KONCONYA. APABILA KRISIS DAN KONFLIK SEMAKIN BERTAMBAH MAKA MUDAHLAH ANWAR MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PEMIMPIN BUDIMAN YANG ADIL.

APABILA KEBENCIAN MENYUBUR DENGAN SENDIRINYA KEPERCAYAAN, RASA KEKITAAN AKAN TERHAKIS. INILAH MASA KETIKANYA ANWAR DAN RAKAN RAKANNYA AKAN MENGAMBIL ALIH PERANAN KERAJAAN DAN AKHIRNYA MUNGKIN DAPAT MENJAYAKAN HASRATNYA MENJADI PM.

PERANCANGAN INILAH YANG PERLU RAKYAT KETAHUI. RAKYAT USAH TERPERANGKAP DENGAN UMPANAN BERACUN ANWAR. TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA.

YAKINLAH, BERSAMA UMNO/BN SETIAP KITA ADALAH AMAT BERHARGA UNTUK NEGARA. LUPAKAN KETUANAN MELAYU. CIPTALAH KECEMERLANGAN PERIBADI. ORANG CEMERLANG AKAN SENTIASA MENJADI TUAN WALAU DI MANA IA BERADA.


No comments: