Followers

Saturday, December 4, 2010

PATUTLAH NASRUDDIN MAT ISA DIANGGAP KAYU



NASRUDDIN SETARA MAHFUZ

Selama ini saya agak hairan mengapa Nasrudin Mat Isa dianggap Timbalan Presiden yang lemah, bahkan ada yang menggelarnya sebagai kayu.

Saya perhatikan rupanya Nasrudin mempunyai pemikiran yang amat lemah. Setara dan kadangkala lebih rendah daripada Mahfuz yang memang diketahui umum tahap pemikirannya.

Semalam di Kemaman ada dua kenyataan Nasrudin yang menggambarkan kedangkalannya.

1. Nasrudin mengatakan bahawa kebebasan bercakap di Parlimen telah disekat. Anwar dijadikan contoh. Apa yang berlaku ialah Anwar telah melontar tuduhan kepada kerajaan dengan tuduhan yang sangat berat. Anwar dihadapkan ke JK Kebabasan dan Hak Parlimen, supaya Anwar boleh membuktikan tuduhannya.

Anwar pula telah diberi peluang untuk membela diri. Dua orang peguam tersohor yang juga AP telah diberi peluang mempertahankan Anwar.

Apa yang berlaku ialah Karpal Singh dan R Sivarasa telah mengkhianati Anwar dan meninggalkan persidangan tersebut.
Kerajaankah yang bersalah?

2. Nasruddin juga menuduh kerajaan tidak menyokong peniaga Melayu apabila menghantar anak anak peneroka Felda belajar di Universiti Lim Kok Weng. Nasrudin mengatakan bahawa sepatutnya kerajaan menghantar anak anak ini untuk belajar di Kolej Swasta Bumiputera.

Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh Nasrudin ialah
' pengiktirafan diploma dan ijazah' yang dikeluarkan oleh institusi berkaitan. Isunya ialah apakah lepasan institusi tidak terkenal ini akan laku di pasaran kerjaya.

Apa pula akan berlaku jika anak anak ini tidak mendapat peluang pekerjaan ? Tidakkah ini nanti akan menambahkan beban keluarga mereka ?

Nasrudin adalah Timbalan Presiden sebuah parti yang mendakwa lebih Islam berbanding orang lain. Berhati hatilah mengeluarkan kenyataan kerana silap cakap ' cemar' jadinya imej Islam.


No comments: