ATAU TERKULAI LAYU DI TASIK MADU.
SEMALAM KITA MEMBACA E MAIL YANG DITULIS OLEH SEORANG PEMBACA KEPADA HOUSE PK. SAYA JUGA PERNAH MENULIS PERKARA YANG SAMA. KAKITANGAN KERAJAAN YANG KHIANAT.
ADALAH SESUATU YANG CUBA SEDAYA UPAYA DITEKANKAN OLEH PAS DAN SEKUTUNYA BAHAWA ADALAH ' HARUS ' BAGI MANA MANA INDIVIDU UNTUK MEMERAH HASIL DARIPADA KERAJAAN MANAKALA MENYOKONG PEMBANGKANG DARI SUDUT POLITIK.
ERA PEMERINTAHAN PAK LAH ADALAH KEMUNCAK KEPADA KEJAYAAN PEMBANGKANG MENYERAP KE DALAM PERKHIDMATAN DAN MENGUASAINYA. MEREKA BERJAYA PULA MEMBAWA MASUK SERAMAI MUNGKIN PENYOKONG MEREKA UNTUK AKHIRNYA MEMBUKTIKAN BAHAWA KERAJAAN SEBENARNYA TIDAK BERKUASA SELAIN MEMBAYAR GAJI.
NYATA MEREKA BERPERANAN DENGAN BERKESAN. DI KEMENTERIAN PELAJARAN SAYA DIFAHAMKAN SURAT SOKONGAN MENTERI UNTUK MENDAPATKAN PROJEK SUDAH TIDAK BERHARGA. ADA KUASA LAIN YANG MENENTUKANNYA.
ADA KONTRAKTOR YANG RAPAT DENGAN UMNO TERKEJUT APABILA PERMOHONAN DITOLAK SEDANGKAN MEREKA LAYAK.
MEREKA DITOLAK KERANA DISOKONG OLEH MENTERI.
KENAIKAN PANGKAT PULA ADALAH SESUATU YANG MENARIK UNTUK DIBINCANG. DI PERAK, TELAH TIMBUL SATU UNGKAPAN POPULAR DALAM KALANGAN GURU IAITU ' BERKAT TOK GURU',
IANYA MERUJUK KEPADA KEMAMPUAN AKTIVIS PEMBANGKANG UNTUK NAIK PANGKAT MELANGKAUI RAKAN LAIN YANG AKTIF DALAM UMNO.
JIKA KITA MELIHAT KEPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. DIBERITAKAN BAHAWA PERMOHONAN YB UMNO SELALUNYA LAMBAT DILAYAN ATAU TIDAK DILAYAN. PELBAGAI ALASAN DIBERIKAN UNTUK MENOLAK PERMOHONAN INI.
MANAKALA SEMUA PERMOHONAN YANG DIPANJANGKAN OLEH YB PEMBANGKANG SENTIASA MENDAPAT PERTIMBANGAN DAN LAYANAN YANG BAIK.
SAYA FIKIR PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN YANG MENJAGA HARGA BARANG JUGA WAJAR DIBERI PERHATIAN. MEREKA SEAKAN LANGSUANG TIDAK MELAYAN RUNGUTAN PENGGUNA YANG AKHIRNYA AKAN MENYALAHKAN KERAJAAN.
SAYA SEKADAR MEMBERIKAN CONTOH AWAL. USAHLAH PULAK ADA PIHAK YANG MEMINTA DATA DAN ANGKA. SAYA SEKADAR NAK MENGGAMBARKAN BAHAWA SEBENARNYA DALAM PADA KITA MASIH ADA KUASA, KITA TELAH DITIKAM DARI BELAKANG KERANA KELALAIAN KITA .
No comments:
Post a Comment