Followers

Saturday, January 22, 2011

UMI HAFIDA..USAHLAH LIBATKAN TUN

" NEGARAWAN ULUNG "


AZMIN TERLALU KECIL UNTUK DIKAITKAN DGN TUN

SAYA MEMBACA LAPORAN MINGGUAN MALAYSIA PAGI INI YANG MEMETIK UMI HAFILDA MEMOHON MAAF KEPADA TUN MAHATHIR BERKAITAN SIKAP ABANGNYA AZMIN ALI.

SEBELUM INI UMI JUGA TELAH MENCERITAKAN BETAPA TUN TELAH MELAKUKAN TINDAKAN SALAH TIDAK MAHU MENERIMA ADUANNYA BERKAITAN SALAH LAKU ANWAR IBRAHIM.

SAYA TIDAK BERHASRAT MERAGUI ' NIAT SUCI UMI HAFILDA'. SAYA JUGA TIDAK CENDERUNG UNTUK MELIHAT UMI DARI SUDUT LAIN SELAIN YANG TELAH DIGAMBARKAN DALAM ENTRINYA SEBELUM INI.

NAMUN NIAT SEMATA MATA TIDAK AKAN MEMBERIKAN MAKNA YANG BETUL KEPADA KEPERLUAN SEMASA KITA. BAHKAN IA
MUNGKIN MEMBERI KONOTASI YANG NEGATIF AKHIRNYA.


SEBAGAI CONTOH, ADA ORANG MENYATAKAN BAHAWA APA YANG BERLAKU ' SEKARANG ' SEBAHAGIANNYA KERANA ' KEGAGALAN ' TUN BERTINDAK PADA MASA LALU. INI KERANA UMI TELAH SECARA TERPERINCI MENCERITAKAN PERISTIWA YANG BERLAKU.

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA INGIN MENCADANGKAN;

1. MARI KITA BERIKAN TUMPUAN KEPADA PERBICARAAN ANWAR
ATAS TUDUHAN MELIWAT SAIFUL. RAKYAT TELAH BOSAN
DENGAN PENANGGUHAN DAN JANGAN LAKUKAN SESUATU
YANG BOLEH MENCETUSKAN PENANGGUHAN SEKALI LAGI.

2. RAKYAT UMUM DAPAT MELIHAT KECENDERUNGAN TUN UNTUK
MEMBANTU NAJIB DENGAN KENYATAAN KENYATAANNYA YANG
JELAS MERANGSANG NAJIB. RAKYAT GEMBIRA DENGAN
KEADAAN INI DAN NAJIB JUGA BIJAK MENERIMA PANDANGAN
TUN.

3. USAH LAGI LIBATKAN TUN DALAM ISU ISU YANG BERKAITAN
ANWAR ATAU AZMIN. SEMUA KITA MENGETAHUI BAHAWA TUN
SUAMI ISTERI MEMANG AMAT PENGASIH DAN MENGAMBIL
TERHADAP SESIAPA JUGA YANG BERKAITAN DENGAN MEREKA.

MALAYSIA SEDANG BERGERAK LAJU DI BAWAH NAJIB. SEBAHAGIAN DARIPADA MASA LALU PERLU KITA ABAIKAN UNTUK
LEBIH FOKUS KEPADA MASA HADAPAN.



No comments: