Followers

Wednesday, November 10, 2010

BELANJAWAN PENYAYANG KELANTAN

TERIMALAH HADIAH HEBAT DAN UNGGUL DARIPADA KAMI, 10 KILO BERAS SEBULAN!!! TIADA KERAJAAN LAIN SEHEBAT KAMI!! HA! HA!


DIBENTANGKAN OLEH PAKAR KRITIK EKONOMI PAS

Harakahdaily pun hanya berani mengulas secara ringkas Bajet PAS Kelantan 2011 yang dikatakan bajet penyayang. Nik Aziz memilih untuk melantik Husam Musa yang ' diisytiharkan ' oleh PAS sebagai pakar ekonomi kerana keupayaannya ' mencari, menyelidik dan mengkritik ' bajet Kerajaan Malaysia.

Mencari kelemahan dan berhujah atas kelemahan tersebut adalah satu perkara yang berbeza dengan merancang dan menjayakan perancangan bajet. Inilah yang gagal dilakukan oleh Husam sehingga saya tidak fikir ada banyak perkara boleh dibahaskan.

Sekali imbas bajet Kelantan 2011 tidak lebih daripada bajet sebuah keluarga besar yang ' hidup dalam ketakutan kerana pendapatan didapati jauh lebih rendah daripada perbelanjaan'.

Negeri yang ditadbir oleh sebuah parti ' YANG MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI LANDASAN PENTADBIRAN, DIDAPATI MEMBENTANGKAN BAJET DEFISIT SETELAH MEMERINTAH HAMPIR 20 TAHUN. 20 TAHUN TIDAK CUKUP UNTUK MEMBERSIHKAN KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI.

SISTEM ISLAMKAH YANG SALAH ATAU PIMPINAN NEGERI MEMANG TIDAK BIJAK MERANCANG ? ADAKAH SORAK SORAI TENTANG ' KEINDAHAN EKONOMI ISLAM' TIDAK MAMPU DITERJEMAH KE ALAM REALITI ?

SAYA MALU MENDENGAR PEMBENTANGAN HUSAM.KALAU SAYA MAMPU SAYA INGIN MEMADAM SEGALA SLOGAN ISLAM YANG PAS GUNAKAN SELAMA INI. SAYA MAHU KALAU BOLEH MEMADAMKAN NAMA ISLAM PADA PARTI YANG HEBAT MENGKRITIK TAPI LEMAH MELAKSANA INI.

SAYA MALU APABILA HUSAM MENGUMUMKAN BETAPA
' PRIHATINNYA ' BAJET INI APABILA MAHU MEMBERIKAN BERAS 10 KILO SEBULAN KEPADA FAKIR MISKIN. SANGAT HINA FAKIR MISKIN DI KELANTAN BILAMANA BANTUAN 10 KILO BERAS SUDAH MEMADAI BAGI MEREKA.

BAJET INI TIDAK AKAN MENGUBAH FAKIR MISKIN MENJADI SENANG SEBALIKNYA MEREKA AKAN TERUS MISKIN BAHKAN MUNGKIN MENJADI PAPA.

BELAJARLAH DARIPADA KERAJAAN PUSAT. MENJADI MISKIN BUKAN SUATU DOSA TETAPI MELATIH DAN MENDIDIK FAKIR MISKIN SEHINGGA MEREKA MENJADI SENANG ADALAH IBADAH YANG AMAT BERMAKNA.

Saya mahu menemui Husam. Saya ingin katakan padanya, kalau itu sahaja yang mampu beliau fikirkan, berundurlah dari politik. Berdosa setelah diberikan amanah tetapi sengaja puluhan tahun gagal memikul amanah tersebut.



Tuesday, November 9, 2010

CENGKAMAN KOMUNISME SEMAKIN KUAT

"PERSOALAN MENGAPA DAP MEMPERJUANGKAN CHIN PENG KINI TERJAWAB"


DAP AGEN KOMUNIS SAMADA MEREKA SEDAR ATAU TIDAK

DAP sewajarnya diisytiharkan sebagai MUSUH NO 1 NEGARA MENGGANTIKAN TEMPAT DADAH. Kalau sebelum ini kerajaan dan rakyat bersatu hati menggemleng tenaga memerangi dadah, usaha yang sama sekarang patut dilakukan terhadap DAP.

Kalau sebelum ini ada Minggu dan Bulan Anti Dadah Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan, perkara yang sama perlu dilakukan terhadap DAP.

Kalau sebelum ini masyarakat dididik supaya menganggap DADAH sebagai NAJIS sekarang rakyat mesti diajar dan dididik untuk menganggap DAP sebagai NAJIS.

DAP samada sengaja atau tidak telah diresapi ' kaedah, cara dan pendekatan komunis' yang akhirnya akan menghidupkan semula PENGARUH KOMUNIS di tanahair tercinta ini.

Setelah berjaya menumbangkan PAS dan PKR di Galas dan Batu Sapi, DAP kini sedang berusaha secara lebih bersungguh sungguh untuk menghancurkan maruah PAS dan PKR.

Semalam dua orang ADUN DAP telah berusaha sedaya upaya untuk menghina, merendahkan dan menghancurkan maruah PAS dan PKR di DUN Pulau Pinang.

Wakil DAP RSN RAYER ( SERI DELIMA ) DAN NG WEI AIK
( KOMTAR) BERULANGKALI DAN BERMATI MATIAN MELEBELKAN SESIAPA SAHAJA YANG MELAKUKAN DEMONSTRASI ADALAH MONYET.

SIAPAKAH YANG SELAMA INI MEMUJA PENDEKATAN DEMONSTRASI ? PKR DAN PAS.

Patutlah kita dapati sangat jarang ada pimpinan atau ahli DAP terlibat dalam sebarang demonstrsi. Mereka menyamakan demonstrator seperti monyet.

Demikian hinanya PAS dan PKR pada pandangan DAP.

Saudara pembaca, sewaktu komunis merogol gadis Melayu di hadapan ibu bapa mereka pada tahun 40 an, bukan sex yang mereka inginkan. Mereka mahu menghiona sehingga umat Melayu yang menjadi mangsa kehilangan maruah.

Pasti orang yang tidak bermaruah senang dijajah. Inilah kaedah komunis. Inilah yang sedang dilakukan oleh DAP kepada PAS dan PKR.

KERAJAAN DAN RAKYAT. BANGKITLAH. HALANGLAH BAHAYA INI DARIPADA MENGGANGGU KEHIDUPAN KITA DAN ANAK CUCU KITA.


PEMIKIRAN PEMUDA PAS DENGAN PEMUDA UMNO SETARA

" TOKOH YANG TAK DAPAT DILETAKKAN HARAPAN "


NEGARA MENGHADAPI MASALAH KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS

Saya membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS di akhbar hari ini. Antara lain Nasruddin Hassan Tantawi menyatakan bahawa Pemuda PAS akan menghantar memorendum kepada Menteri Dalam Negara bagi

1. Mendesak Polis Di Raja Malaysia mempertingkatkan usaha mengesan orang hilang/ termasuk yang lari dari rumah dsb.

2. Menawarkan diri untuk menyertai usaha mengesan dan mencari orang hilang tersebut yang dilihat sebagai masalah negara.

Saya dari satu sudut berasa gembira kerana Pemuda PAS mula melihat dunia dari luar ' perspektif politik kepartian yang sempit '.

Dalam masa yang sama saya berasa gusar kerana dangkalnya pemikiran Nasruddin kerana

1. Orang hilang bukanlah satu masalah utama negara kerana masalah kita yang paling utama ialah penyalahgunaan dadah. Masalah yang tidak pernah selesai dan melibatkan lebih 90% pemuda/ pemudi Melayu Islam.

2. Pemuda PAS sepatutnya melaksanakan usaha usaha mendidik dan mencegah. Bukan menunggu sehingga ' telah berlaku' baru difikirkan cara untuk menyelamat.

Menurut pengetahuan saya, orang yang telah terjebak ' DALAM KANCAH DADAH AMAT SUKAR UNTUK DIPULIHKAN '.

Sama jugalah cara berfikir Nasruddin dengan beberapa orang pemimpin UMNO. Amat berkesan dalam membawa pulang gadis gadis yang dilarikan. Ramai telah dikembalikan kepada keluarga masing masing.

Sedangkan hakikatnya ada ramai anak Melayu Islam ' SEDANG ROSAK DAN KEHILANGAN DIRI' sedangkan kita hanya menunggu kerajaan berbuat sesuatu.

Saya ingin menyeru Pemuda PAS dan Pemuda UMNO, berfikirlah sebagai pemimpin. Jangan kerana nak menyelamatkan 100 orang kita mengabaikan sejuta orang yang lain.

Monday, November 8, 2010

BENAR , DENYUT NADI NAJIB TERSEBAR LUAS

" NAJIB TELAH BUKTIKAN APA YANG DIUCAPKANNYA "


RAKYAT MULA RASAKAN PERBEZAANNYA

Alhamdulillah. Doa kita rakyat Malaysia ALLAH kabulkan. DS Najib telah pulih sepenuhnya dan kembali bersama sama rakyat seluruhnya. Seorang sahabat menghubungi saya dari Makah Al Mukarramah menyatakan rakyat Malaysia sepakat bersama berdoa di hadapan Kaabah semoga PM kita segera pulih.

Sewaktu Najib mula bercakap tentang derita rakyat, denyut nadi rakyat sebahagian daripada kita agak keliru dan tidak pasti. Pembangkang sudah pasti sinis dan menjadikannya sebagai lawak politik.

Akuilah, kini rakyat dapat merasainya. Mangsa banjir yang derita tidak sekadar dibantu semasa banjir tetapi selepas banjir. Pengumuman TS Muhyiddin tentang JK Pasca Banjir menyentuh hati kita. Muhyiddin menghayati keperihatinan Najib dan lantas melaksanakannya.

Sekarang ini di seluruh negara sedang berjalan ' Program Satu Keluarga Satu Komputer'. Bersama dengan ' internet'. Pengguna hanya perlu membayar 25 ringgit sebulan selama setahun untuk perkhidmatan ini manakala komputer riba diberikan percuma.

Anak kampung tidak ada sebab untuk kurang maklumat berbanding anak anak kita di bandar. Belajarlah. Hanya melalui pendidikan nasib bangsa dapat diubah.

Mulai tahun hadapan pula, bantuan pakaian sukan akan diberikan kepada pelajar yang secara relatif susah. Bersukanlah. Melalui sukan jati diri dapat dibina. Membangunlah sebagai manusia cemerlang seperti yang Najib harapkan.

Inilah denyut nadi. Suara sinis sudah semakin kurang kedengaran. Pembangkang kehilangan langkah. Syarat Najib dalam membantu ialah TANPA SYARAT POLITIK, TANPA SYARAT BANGSA DAN AGAMA. NAJIB SEDANG MEMBINA RAKYAT MALAYSIA.

MARI KITA BERSYUKUR. MARI KITA BERSAMA. NEGARA BANGSA INI MILIK KITA BERSAMA.

Saturday, November 6, 2010

KHAIRY WAJAR BELAJAR

" RAKYAT TIDAK PEDULI KEMEWAHAN KITA "


UMNO/ BN TIDAK AKAN MENANG HANYA KERANA KELIHATAN HEBAT.

Dalam pada kita bersyukur kerana ALLAH berikan kemenangan di Galas dan Batu Sapi, kita juga kena bermuhasabah dan melihat ke dalam diri. Kita adalah parti yang berjasa. Kita banyak pengalaman.
Dalam ' taburan jasa itu' kita dihukum pada PRU 12.

Kita menang di Galas dan Batu Sapi sebahagiannya kerana
" KETOKOHAN NAJIB". Sikap rendah diri, tawadduk dan kesungguhannya merasai denyut nadi rakyat benar benar memikat.
Najib tidak ' kelihatan' seperti ANAK PERDANA MENTERI. Najib seperti pemimpin yang naik dari bawah secara beransur ansur.
Sewaktu Najib bersimpuh bermain congkak di Kampung Baru, Najib kelihatan seperti ' lelaki biasa' yang melayani jiran tetangga.

Sewaktu Najib melawat Pudu Raya dan Brickfields Najib benar benar kelihatan seperti seorang pekerja yang sedang melaksanakan kerjanya.

Inilah yang perlu dipelajari oleh Khairy Jamaluddin dan rakan rakan pemimpin Pemudanya. Kelihatanlah seperti orang biasa. Usah lagi masuk ke kampung dengan ' konvoi kereta mewah' seperti yang berlaku sebelum PRU 12.

Usah lagi memakai uniform dan kelihatan ' gah dan garang'. Jadi orang biasa yang ' terampil ' dengan ilmu pengetahuan. Rendah diri tinggi pekerti.

Rakyat tidak peduli dengan kereta besar kita. Anak anak kampung ada yang jauh lebih mewah kesan sistem pendidikan negara dan peluang yang kerajaan sediakan.

Usah ada pemikiran bahawa ' aku perlu kelihatan hebat'. Belajarlah daripada pengalaman di Galas dan Batu Sapi. Abdul Aziz ' sangat biasa' orangnya berbanding Dr Zulkifli tetapi akhirnya rakyat memilih orang biasa menjadi pemimpin mereka.

Khairy dan rakan rakan sehingga sekarang BELUM MULA mendaftar pengundi baru. 4 juta adalah undi yang boleh mengangkat UMNO atau meruntuhkan UMNO.

Bergeraklah sekarang. Belajar daripada Najib. Ular yang menyusur akar tidak pernah kehilangan bisa.

DEMIKIANLAH APABILA PEMIMPIN DAPAT MERASAI DENYUT NADI RAKYAT

" KITA TIDAK DAPAT MENAHAN BANJIR TETAPI WAJIB MEMBANTU MANGSANYA"


HANYA TUBUH BADAN DI HOSPITAL, JIWA RAGA TETAP BERSAMA RAKYAT.

Kalau Salahuddin Ayub mengatakan di Parlimen, bahawa DS Najib tidak seperti bapanya yang amat mengambil berat tentang rakyat, sebenarnya Salehuddin silap.

Petang tadi sekali lagi DS Najib mengeluarkan arahan jelas,

" GERAKKAN SEMUA JENTERA YANG ADA. BANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS DAN KEDAH. BANTU SEMUA RAKYAT. JANGAN ADA UNSUR PILIH KAUM, AGAMA ATAU IDEOLOGI ".

Najib mengambil kira penderitaan rakyat. Najib boleh sahaja bercuti, berehat dan menyerahkan kepada menteri. Najib boleh melupakan segalanya jika beliau mahu berbuat demikian.

Sebaliknya Najib tidak lena tidur. Beliau tidak tidur dalam keadaan rakyat sedang susah. Najib benar benar merasai kesukaran rakyat dan dengan segala daya membantu.

Di mana Anwar Ibrahim. di mana Nik Aziz, di mana Lim Kit Siang, di mana Haji Hadi. TIADA. MEREKA TIADA SEWAKTU RAKYAT MEMERLUKAN.

MAHFUZ SELUAR DALAM SEDANG LENA DI KUALA LUMPUR. SEWAKTU RAKYAT POKOK SENA SEDANG DIBAWA ARUS DERAS, MAHFUZ SEDANG MENGHADAP WARTAWAN. MAHFUZ AMAT DISENANGI WARTAWAN KERANA KENYATAANNYA YANG SELALU TIDAK CERDIK.

KENYATAAN TIDAK CERDIK OLEH PEMIMPIN TERTINGGI SEBUAH PARTI ADALAH BAHAN BERITA YANG MENARIK. WARTAWAN SUKA KEPADA MAHFUZ TANPA MAHFUZ SEDAR BAHAWA IA ADALAH BAHAN BERITA LAWAK.

Rakyat sedang derita. ALLAH sedang menguji mereka dan kita juga yang tidak terkena sebenarnya diuji. Najib sedang diuji, Menteri sedang diuji, Menteri Besar sedang diuji, Wakil Rakyat juga diuji.

Nampaknya Wakil Rakyat PAS telah gagal dalam Ujian ALLAH ini. Inilah hakikatnya. Namun begitu percayalah, setelah banjir pulih mereka akan datang menemui rakyat. Dengan alasan, 1000 alasan.

DS NAJIB UZUR, INSYAALLAH ALLAH GUGURKAN DOSA DOSA

" RASA BERSALAH KEPADA UMAT ISLAM MENYEBABKAN NIK AZIZ TIDAK SANGGUP BERTENTANG MATA DENGAN KIT SIANG "


ADA ATAU TIADA, AURA NAJIB TETAP DIRASA

Saya bukan ulamak. Tapi saya sejak kecil diajar bahawa sembahyang hajat hanya untuk kebaikan. Kebaikan diri dan umat Islam. Jika kita dizalimi, berdoalah agar keadilan dan hidayah diberikan kepada kita dan orang yang menzalimi.

Saya selamanya percaya doa dan solat hajat yang dipimpin oleh pimpinan PAS tidak pernah makbul. Memakbulkan doa adalah hak mutlak ALLAH tetapi petandanya ALLAH perlihatkan supaya manusia berfikir.

Untuk Galas PAS juga bersembahyang hajat. Hakikatnya PAS kalah lebih teruk. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang orang yang zalim. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang yang menjual agamaNya dengan harga yang rendah.

Apabila Nik Aziz ' dilihat memberi rasuah, ' Apabila Ustaz Abdul Halim mengisytiharkan rasuah itu halal maka dengan jelas ALLAH sedang mendidik mereka dengan HUKUMAN. Mereka menjadi orang yang sangat rendah ' martabatnya' di sisi Islam.

Apabila Nik Aziz ' dicabar' dihadapan penyokong sendiri dan dia tidak berupaya menjawab , maknanya Nik Aziz sedang berada di penghujung zamannya.

Umat Melayu usah bimbang. DS Najib uzur biasa. Sakit akan
' memantapkan kemanusiaan kita'. Dalam masa yang sama ALLAH gugurkan dosa dosa kita seumpama daun kering gugur dari dahannya.

Sewaktu uzur Najib tetap bekerja dan memberi bimbingan kepada jentera. Jentera yang dipimpin oleh TS Muhyiddin mematuhi dan menghargai segala arahan dan bimbingan. Setiap kali Muhyiddin bercakap, nama Najib disebut sebagai tanda hormat.

Apabila menang semua orang menyebut " SALAH SATU FAKTOR KEMENANGAN IALAH NAJIB '. Inilah pemimpin. Ada atau tiada
' AURANYA DIRASA '.

Inilah bezanya Nik Aziz dengan Najib. Tanyalah pimpinan PAS. Semua mengharapkan Nik Aziz tak bercakap kerana setiap kali bercakap Nik Aziz sentiasa silap. Bahkan saya diberitahu lebih ramai pimpinan PAS mengharapkan tiada PENGLIBATAN NIK AZIZ.

BERTAUBATLAH NIK AZIZ. BERTAUBATLAH SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA.