Followers

Tuesday, April 12, 2011

NASIB BAIK DS NAJIB...

" PANAS BARAN DAN PEMARAH "


TAK LAYAN CABARAN ANWAR..

Satu ketika saya pernah berfikir alangkah baiknya jika DS Najib menyahut seruan dan cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Saya menyangka ia adalah platform terbaik untuk DS Najib menge
mukakan hujah dan penyokong Anwar tiada pilihan selain terpaksa mendengar, secara langsung.

Saya agak kecewa bilamana DS Najib memilih untuk menolak.
' Tidak perlu ', kata DS Najib.

Rupa rupanya DS Najib lebih mengenali Anwar. Beliau bukan seorang pendebat. Beliau hanya pemidato. Anwar sebenarnya
sama seperti Nik Aziz.

Anwar rupanya selesa menyerang tetapi akan bertugar ganas apabila gagal berhujah. Seperti Nik Aziz, Anwar terbukti seorang
yang panas baran.

Soalan mudah berkaitan JAM OMEGA yang ditimbulkan oleh Nik
Suryani Megat Deraman telah menjelaskan Anwar yang sebenarnya.

Bayangkan jika Anwar dibidas, disanggah oleh DS Najib di hadapan penyokongnya. Saya pasti Anwar tidak akan dapat mengatasi ketenangan DS Najib.

Tidak mungkin Anwar akan bertahan. Sebaliknya Anwar pasti akan mengaitkan segala macam perkara yang tidak berkaitan.

Syabas DS Najib. Sekarang saya dan rakyat pasti sudah mendapat
jawapan mengapa DS Najib menolak debat bersama Anwar.



PERTINGKAT KUALITI AHLI

SETELAH PARTI TERNYATA KUKUH.

Saya berpeluang menghadiri banyak mesyuarat UMNO Cawangan yang sebahagiannya telah selesai dan ada beberapa lagi yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu ini.

Secara mudah saya dapati ada kecenderungan yang kuat untuk ahli parti meli
hat persediaan parti menghadapi PRU 13 yang mungkin berlaku pada bila bila masa.

Di Perak, ahli UMNO memang ghairah untuk menebus kesilapan pada PRU 12.
Ramai yang menyatakan azam dan komitmen untuk membetulkan keadaan.
Sangat besar kesan keputusan PRU 12 kepada ahli UMNO yang ketika itu agak
berlapang dada dan percaya ' PASTI' UMNO akan menang besar.

Kesimpulannya saya beranggapan UMNO berada pada tahap siap siaga dan
wisel boleh ditiup pada bila bila masa sahaja.

Namun begitu, saya percaya kualiti ahli dari sudut kepimpinan boleh dipertingkatkan. Keupayaan public speaking misalnya boleh ditambah melalui
latihan dan kursus yang sesuai.

Begitu juga dengan aspek pengurusan organisasi. Alangkah baiknya, setelah ahli mempunyai kesedaran dan komitmen tinggi, ahli dihadiahkan dengan
kemahiran tambahan agar parti UMNO kekal bahkan bertambah tinggi kualitinya.


Monday, April 11, 2011

NIK AZIZ CETUSKAN PANIK DI SARAWAK !

JENTERA PAKATAN KELAM KABUT.

Sejak beberapa PRK , Nik Aziz telah mencetuskan pelbagai isu yang jelas merugikan PAS dan Pakatan Pembangkang. Ada sahaja kenyataan Nik Aziz yang menyebabkan pengundi berasa kecewa dan marah.

Di Kerdau Nik Aziz mengatakan bahawa pengundi masih berada di zaman Jahiliah kecuali yang mengundi PAS. Ini menyebabkan Haji Hadi terpaksa
turun semula membetulkan kenyataan itu.

Inilah juga kebimbangan Jentera Pakatan di Sarawak apabila Nik Aziz membuat keputusan untuk hadir ke Sarawak. Kepelbagaian etnik dan kerencaman budaya di Sarawak membimbangkan mereka jika Nik Aziz bakal
tersilap cakap.

Bagaimanapun adalah difahamkan bahawa pergerakan Nik Aziz di Sarawak agak terbatas atas faktor keuzuran dan jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain agak jauh.

Saya difahamkan Nik Aziz hanya menemui petugas PAS manakala ceramah umum hanya sekali dirangka untuk Nik Aziz. Saya juga diberitahu bahawa PAS telah mengaturkan program Nik Aziz di Semenanjung bagi meminimakan penglibatannya di Sarawak.

Cuma saya difahamkan juga bahawa sehingga kini, PAS dilihat tidak lebih daripada tukang sorak DAP di Bumi Kenyalang..


Saturday, April 9, 2011

NURUL IZZAH DAH MANGLI !

MEMBESAR DALAM DERITA.

Jika dibuat pertandingan , barangkali Nurul Izzah boleh dinobatkan sebagai salah seorang tokoh politik muda paling terkenal di negara kita. ' Terkenal' tidak semestinya baik dan betul.

Ramai yang mengatakan Nurul Izzah seorang yang tabah. Anak
kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ini dikatakan cukup wibawa dan berkebolehan.

Saya berpandangan Nurul Izzah adalah anak yang membesar dalam derita. Beliau bukan tabah ataupun sabar sebaliknya Nurul Izzah telah mangli dengan segala derita yang ditempuhinya.

Sewaktu membesar dan remaja Nurul Izzah telah menghadapi cabaran yang jarang dialami orang lain. Dari puncak singgahsana,
karenah dan sikap luar biasa ayahnya telah merentap mereka
turun secara mendadak.

Kemudian ayahnya memaksa mereka mengharungi bara api yang diciptanya sendiri. Selain mengalami derita , Nurul Izzah melihat
luka yang dalam di hati ibu dan adik adiknya.

kita akhirnya dapat melihat, Nurul Izzah sudah tidak lagi berasa
apa apa dengan setiap perkembangan terkini ayahnya.

Saya sempat melihat sidang media Wan Azizah sebagai menjawab
berkaitan skandal seks terbaru Anwar Ibrahim. Nurul Izzah kelihatan ceria menjawab soalan wartawan.

Saya yakin dan percaya, jika Nurul Izzah tidak dibantu, beliau akan terus berkembang dan tidak mustahil bertukar menjadi
keras dan kejam...



Wednesday, April 6, 2011

TEMPUR TANPA SENJATA !!

NASIB BAIK ADA VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM...


Semalam adalah hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sarawak. Bilangan calon yang ramai menjadikan PRN ini antara yang paling meriah.

Saya berpandangan BN mempunyai peluang jauh lebih baik berbanding Pakatan Pembangkang. Sejarah pentadbiran BN tidak boleh diubah atau dialih.

Rakyat Sarawak sedar bahawa BN telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Pakatan turun tanpa sebarang senjata. Tiada apa yang dapat mereka persembahkan. Menyertai PRN Sarawak adalah satu kesilapan besar bagi
Pakatan.

Rakan rakan di Sarawak menyatakan Pakatan turun tidak sepakat. Masing masing membawa diri sendiri. PKR yang mengharapkan isu video seks Anwar menghadirkan simpati nampaknya melakukan kesilapan luar biasa.

Orang Sarawak tidak selesa dengan politik hasut dan benci. Sarawak adalah antara negeri paling pelbagai dan unik. Sangat berbeza tetapi sama. Mereka hidup harmonis dan bahagia.

Pendekatan mesra dan tulen DS Najib dikatakan sangat disenangi rakyat Sarawak. Begitu juga Muhyiddin.

Seorang rakan menghubungi dan memberitahu saya " Pakatan turun tanpa senjata dan disambut antara senjata tercanggih di dunia "



DANGKALNYA CALON TIMBALAN PRESIDEN

" TAHAP MAHFUZ OMAR "


MAHFUZ BUKTIKAN KERENDAHAN TAHAP PEMIKIRANNYA

Saya sebenarnya memang tidak begitu menghormati Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berbanding dengan Naib Presiden yang lain.

Banyak kenyataan beliau yang menggambarkan betapa rendahnya tahap pe
mikirannya walaupun beliau acapkali cuba bertindak seperti bijaksana.

Saya mendengar ada kawasan PAS akan mencalonkan Mahfuz sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar akan datang.

Barangkali inilah faktor yang menyebabkan Mahfuz agak ghairah mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya memakan diri dan pastinya akan
mengeruhkan lagi hubungan antara Pakatan.

Mahfuz membesar besarkan isu adik Taib Mahmud diletakkan sebagai salah seorang calon Pilihanraya Sarawak. Katanya ini adalah amalan kronisme yang
amat dibenci rakyat dan meminta rakyat menolak BN kerana amalan ini.

Barangkali Mahfuz tidak sempat berfikir bahawa DAP dan PKR yang merupakan sekutu PAS dalam Pakatan adalah antara parti yang paling kuat amalan kronismenya di dunia.

Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim masing masing telah mempersiapkan pewaris kepada perjuangan mereka. Tentunya mereka akan
terasa betapa Mahfuz sedang cuba mensabotaj mereka khasnya apabila PAS hanya diberikan 5 kerusi di Sarawak.

Inilah Mahfuz, yang merupakan salah seorang Naib Presiden PAS. Kalau beginilah Naib Presiden PAS kita boleh bayangkan betapa tidak mungkin
untuk kita harapkan PAS dapat memerintah negara melainkan kekal sebagai keldai tunggangan DAP.



Monday, April 4, 2011

API KESAL BERNYALA DI PARIT BUNTAR

" RASUAH POLITIK DI PARIT BUNTAR "


TIDAK SABAR PERBAIKI KESILAPAN..

Saya menghabiskan hujung minggu saya baru baru ini di Tanjung Piandang, sebuah kawasan dalam Parlimen Parit Buntar. DUN nya pula ialah Titi Serong.

Saya mengambil peluang memerhati dan mengkaji sikap penduduk yang rata rata terdiri daripada petani atau nelayan. Parit Buntar adalah kawasan yang sepenuhnya dikuasai Pakatan Pembangkang

Parlimen : Dr Mujahid Yusuf Rawa
Titi Serong : Khalil Idham Lim Abdullah
Kuala Kurau : Abdul Yunus Jamhari

Dapatan saya ialah hampir semua penduduk menyesal kerana membuat pilihan yang salah dalam PRU 12. Mereka terperangkap dengan pujukan agar mencuba untuk memberikan undi kepada pembangkang supaya Dewan Undangan Negeri mempunyai pembangkang yang kuat.

Bagi orang orang kampung mereka diminta untuk ' hanya mengurangkan undi' calon UMNO, kerana kononnya pengundi Cina tetap akan mengundi calon BN.

Perangkap Pakatan menjadi. Pengundi telah menyebabkan dua orang Wakil Rakyat ' terbaik dalam sejarah mereka' tumbang.

Mohd Sallih Mat Disa atau Cikgu Chop dan Abu Bakar Mat Ali terlalu baik untuk kalah.Pengundi tidak mengira bangsa terpegun, panik dan rasa bersalah.

Mereka silap perkiraan. Mereka tidak menyangka orang sebaik Cikgu Chop dan Abu Bakar boleh kalah. Mereka tidak terfikir orang yang bersama mereka semasa susah, semasa senang boleh tumbang.

Bukan hanya penyokong BN. Bahkan penyokong PAS juga terkejut. Begitu juga penyokong PKR. Mereka juga rasa kehilangan.

Sekarang pengundi Parit Buntar seakan sedang menjalani hukuman Mereka berasa resah gelisah. Dr Idham Lim
( Titi Serong ), Abdul Yunus Jamhari hampir tidak dapat ditemui.

Mereka mendengar dan membaca tentang Dr Idham di dalam Harakah tetapi mereka tidak dapat menemuinya untuk mengadu.

Abdul Yunus dikatakan seakan tidak yakin bahawa beliau adalah YB atau Wakil Rakyat.

Saya melihat pengundi sudah insaf. Memilih kerajaan bukan sesuatu yang boleh dicuba. Memilih pemimpin adalah amanah dan kewajipan.

Sekarang mereka sedang menunggu dengan sabar, masa untuk buat pembetulan..